RESEPI : SPAGHETTI BOLOGNESE

ASSALAMUALAIKUM

Ini antara makanan favourite kot. Dah banyak kali masak jugak, memang best cuma resepi kali ni antynid nak add on pasal meatball yang agak lucu sebenarnya. Hahaha. Sebabnya antynid cuma pakai daging burger je pon pastu bulatkan dan tadaaa jadilah meatball. hukhuk

antara bahan-bahan yang antynid guna

Spaghetti (sepaket, nak guna setengah pon boleh, ikut keperluan dan tengok berapa orang yang nak makan )
ayam / daging (dicincang )
1 tin tomato puri ( nak guna sos prego tu pon bolehh)
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
setengah cawan sos cili
setengah sudu oregano ( jika suka )
garam secukup rasa

cara memasak

1. rebuskan spagheti lebih kurang 20 minit. Pastikan anda merebusnya bersama sedikit minyak supaya tidak melekat. Kemudian angkat dan toskan.
2. Tumiskan bawang putih & bawang besar sehingga kuning.
3. Kemudian masukkan ayam / daging . Biarkan seketika
4. Masukkan sos cili & jugak tomato puri
5. Letakkan garam secukup rasa serta setengah sudu oregano
6. Kacau sehingga rata. Jika kuah agak pekat uolls boleh je tambah air.
7. Siap... ampurkan spaghetti dan ayuh makannn.!

HASILNYA.. :)


Okey, sekian dari antynid

ASSALAMUALAIKUM
xoxo




2 comments:

  1. Tetibe cam nak masak.. Lama dah tak buat..
    sedap nie makan untuk lunch..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sodap kak. makan spaghetti carbonara pon boleh tahan sedap. hehee

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...