RESEPI ; KEK BATIK

assalamualaikum...
hari ni aku terlebih rajin nak share resepi..
bukan selalu kan.? maklumlah dapat permintaan dari cik bff yang nak sangat makan kek batik ni..
so aku pon layan kan aje permintaan dia.. maklumlah bukan selalu kan.?

hah, ada ke peminat kek batik kat sini.?
meh sini meh baca resepinya.. tapi ni versi nida..
kalau de terlebih / terkurang pandai la korang ejass okeh..!


gambar hiasan

Bahan-bahan :

1 mangkuk marjerin
1/2 mangkuk gula
5 biji telur
1/2 kg biskut merri
5 sudu milo
2 sudu nescafe
2 sudu koko
1/2 tin susu pekat
1/2 cawan air

cara :


  1. Marjerin & gula dipukul sehingga kembang
  2. kemudian masukkan telur dan kacau
  3. masukkan milo, nescafe serta koko dan kacau sehingga rata
  4. masukkan susu kemudian kacau lagi
  5. kacaukan semua bahan tersebut atas api sederhana sehingga pekat
  6. masukkan biskut merri dan kacau lagi
  7. angkat kek yang telah sebati dan masukkan dalam loyang.
  8. simpan dalam peti sejuk
  9. siap.!
# tak sabar nak tunggu kek sejuk dalam peti ais.. yummy..!!

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...