Resepi - Kuih vadei

Assalamualaikum!
Apa khabar awak semua. .?
Yeayy ciknida kembali lagi di blog ni. 
Yes, rindu wei nak menaip kat sini. 
Hahaha jadi harini kita kongsi sikit resepi kuih vadei. Ni aku google dan ubahsuai sikit dan tadaaaa jadilah versi nida.  Muahahaha.  Sebelum itu korang akan perlukan beberapa bahan bahan.  Haa.  Meh sini meh.

Bahan-bahan:
250 gram kacang dal
Beberapa tangkai cili kering
1 tangkai daun kari
1 labu bawang besar
1 sudu kecil jintan manis
garam secukup rasa

Cara-cara :
1. Bersih dan toskan kacang dal.  Pastikan kacang dal telah direndam semalamam.
2. Kisar atau tumbuk kacang dal sederhana halus.
3. Pastikan daun kari, cili kering dihiris halus. Manakala bawang besar dicincang.
4. Satukan semua bahan-bahan (kacang dal, daun kari, cili kering, jintan manis dan bawang besar).  Perasakan dengan sedikit garam dan gaulkan sehingga sebati.
4. Kepal/padatkan dan kemudian bentukkan sedikit leper.
5. Panaskan minyak dan bila minyak betul2 panas, boleh gorengkan vadei sehingga masak iaitu berwarna kekuningan. Waktu menggoreng sila gunakan api sederhana ye.
6. Dah masak, angkat dan toskan minyak. Siap dan sedap untuk dimakan panas2!



tadaaa.. ini hasilnya :))



Haa.  Simple dan senang je kan buat kuih ni.  Selamat mencubaa. 
Xoxo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...