assalamualaikum duniaaa.. terima kasih daun keladi sudi singgah sini. sila tinggalkan jejak untuk diterjah. :)

Bercuti di Penang

ASSALAMUALAIKUM..

Harini kita nak share satu kenangan manis bersama sahabat sis. Dari haritu kot terasa nak menaip tapi rasa macam nak ke tak nak ke nak ke. Ahh gitu lah. Sebenarnya, ini kali kedua kot kami bercuti kat Penang.

First time dulu memang menggelupur jugak lah sampai tersalah turun kat Parit Buntar ! hahaa Kau rasa macam mana perasaan tu? Sendu kan. Tapi kali ni kami berjaya okey sampai Pulau Pinang dengan jayanya. Takde nak turun kat Parit Buntar dah kat Sungai Nibong okeyyyy. #SisBangga

Kitorang naik bas je gaiss dari Seremban sampai Sungai Nibong. ( Harga tiket RM54 je). Sampai je kat Sungai Nibong kita naik bas Rapid Penang je nak ke Komtar. Pepagi lagi dah ramai tunggu kat sana so takde lah nak rasa krik krik sangat. Takde rasa takut ke ape ke sebab percutian kami ni gegurls je. Kena la pikir faktor keselamatan jugak kan sambil berhuhahuha tu. :)

Hasil carian imej untuk bas rapid penang
bas berlambak gaiss, so korang tak payah risau kalau nak bercuti guna public transport kat penang ni :)

Then, sampai Komtar tu tunggu pulak bas rapid yang free cat tu. Disebabkan free makanya kami mampu naik 100kali bas tu. Kakakakka. Dia bawak pusing satu bandar kot. Tak tipu je bukan satu bandar tapi dia ikut laluan dia, maknanya dia bukan berhenti kat semua jalan okey.

Kitorang turun dekat dengan hotel Grand Inn yang memang best tepi jalan je dekat dengan jalan laluan bas. Harga hotel tu adalah dalam RM285+RM30(tax). So kitorang dapat harga tu share pulak 4 orang. Hm kira okey lah untuk percutian bajet kami. Hehehe

Hasil carian imej untuk hotel grand inn
lokasi yang sangat strategik, dekat dengan 7E,kedai makan sup Hamid, laluan bas rapid Penang

Kami mulakan hari kami dengan breakfast roti bakar kat Hutton Lane. Makan roti telur goyang goyang pon sodap.Tenaga tu maklumlah kami memang akan guna public transport dan memang banyak gunakan tenaga kaki ni ha.

Image may contain: food
roti bakar Hutton Lane. tak tergoda kettew :p

First sekali kami pi Bazar Chowrasta dulu sebagai lokasi pertama untuk cuci mata. Ehh, depa dah buat bangunan baru kot sekarang. Dua tingkat gittew. Kat atas bahagian kering jual baju dan kasut camtu. Kat bawah pulak depa duk jual barangan basah macam daging.


Hasil carian imej untuk jalan chowrasta


Boleh tahan jugak harga baju yang dijual tapi sis lagi tertarik kat bangunan sebelah dia yang jual Jeruk Pak Ali. Apa ertinya pergi Penang kalau tak beli jeruk kan? Haaa... memang memborong habis jeruk campur lah, buah pala lah dan dengan minyak angin sekali. Hihi.permintaan dari orang rumah. Apa salahnya kan, bukan selalu pon. :p

Imej yang berkaitan
jeruk Pak Ali yang sememangnya famous amous kat Penang.

Kalau nak cari tempat makan kat Penang ni memang terbaik kat Padang Kota, memang banyak pilihan makanan yang semuanya sesedap belaka. Kami pilih makan pasemboq yang super duper sedap dengan kerang bakar. Pehhh memang terbaik rasanya. Kitorang siap tapau lagi pasemboq tu sebab nak bagi orang rumah rasa. Sambil makan tu sambil terkena angin laut. Tak rasa macam thorbaik sangat ke kat situ? :)

Image may contain: food
pasemboq dia yang memang terbaik okey. berbaloi sangat makan ni. Harga pon boleh tahan.Kenyang pon kenyang :)


No automatic alt text available.
kerang bakar yang menjadi makanan extra kami.Walaupon kerang dia besaq kami tetap makan banyak! :p

Haa.. Yang pasti kat dataran Padang Kota ni memang happening, ada busking yang memang menghiburkan orang ramai, nak urut kaki dan badan pon hado! Yang pasti ini memang salah satu tempat lepak warga Penang lah.



Batu Feringgi pon memang best, tapi kitorang pergi semata ke nak usha barang kat Hard Rock. Hahahahahahaa Nasib baik budak ni dapat barang yang dia nak. Tapi lepas ni kalau nak ke Penang rasa macam kena stay kat Hard Rock Hotel sebab sis tertawan dengan keramahan semua staff depa. Dari jauh lagi dah senyum manis kot. Haa kau rasa tak jatuh cinta ke? Ehh

Sis mampu bergambar je. Nak membeli tu rasa macam hmmm hmmmm :p

Tak lengkap rasanya kalau pergi Penang tapi tak naik kat Penang Hill kan. Teruja sebab ada tarikan baru wey. Jap jap korang usha lah gambar ni. Nak naik atas ni bayaran cuma RM10 je gais. Tapi kena bawak IC. Kalau untuk fast lane tu RM30. Sama je gaiss yang bezanya fast lane tu dia agak fast sikit je? Nak datang sini better awal pagi sebab tak ramai sangat dan cuaca pon taklah panas membahang. uma time sis pergi ni dah hujan rintik rintik so memang menggelupur lah kan. Hahaha

Nak masuk kat sini kena bayar RM5 je gaiss.

Kat sini patut boleh pakai dress ala cindarella tapi malas sebab basah. kah!

Dekat sini pulak ada jual madu. Promosi 3 RM10. Sis tak beli pon sebab malas nak angkut banyak barang time balik. ahaaha

Model cermin. Depa memang suka kot berselfie. Sis layan je. Hahaha

Muka puas sebab percutian bajet kami sangat bajet dan seronok. Tak tau depa dah move on ke belum. hiks! 
Okey. Sekian sahaja story sis. Jumpa lagi lain kali.

Kbai

Assalamualaikum
xoxo


No comments:

Post a Comment