Cara Terbaik Untuk Menangani Stress

ASSALAMUALAIKUM

Hasil carian imej untuk stress


Hai gaiss. Kabare ? Wes mangan? Hehehe. Sekali lagi sis cuba nak jadi orang jawa celup walaupon sis memang ada darah jawa sikit.

Lupakan bab tu. Sebab sis ada benda lain lagi nak share dengan engkorang semua.

Siapa je kat dunia ni yang tak pernah mengalami stress ni kan? Hmm sis sendiri pon sekarang tengah stress kot. Jadi sis cuba halakan tumpuan buat benda lain, contoh layan blog usang ni balik. Seriously, sis memang stress dok mikir banyak benda. Well, amenda dia malas nak cakap cukuplah sis meroyan kat twitter tu je. Isk. tak sanggup nak sebarkan kat sini.

Kakakakakaa😆😆😆😆😆😆😆

Hasil carian imej untuk stress

Antara beberapa cara untuk mengatasi stress

Luahkan dengan kawan / ahli keluarga
Sila luahkan masalah korang tu kat orang yang rapat contoh macam family/kawan lah kan. Percayalah korang akan rasa sangat lega eh bila dah luahkan perasaan tu. Tapi janganlah lepas perasaan marah kat depa pulak. Kesian pulak kat depa nanti.

Tidur. 
Percaya atau tak memang tidur ni pengubat stress. Kebiasaannya bila stress ni sis akan tidur je. Benda paling mudah kan? Bila bangun tidur nanti kita akan rasa lebih bertenang dan boleh berfikir secara logik dan waras.

Hasil carian imej untuk tidur


Buat benda yang disukai / hobi baru. 
Macam sis cakap kat atas bila stress barulah sis teringat blog usang ni. So apa yang perlu dibuat is pergi lah blogwalking ke, join segmen/GA ke. Selain tu boleh layan Youtube tengok benda lawak tapi jaga jaga gaiss dah tengok you tube tu jangan mengada nak layan benda sedih ke. Kalau hampa layan, hampa jadi sedih balik ceq tak tau nohh.... :p

Positif
Stay positive gaiss. Fikirkan sejenak mengapa kita diuji? Kenapa dan mengapa? Apakah hikmah di sebaliknya? Mungkin Dia ingin mendidik kita untuk jadi lebih kuat, tabah dan matang. Makanya, kita hendaklah mencari sesuatu untuk menenangkan hati. Bak kata pepatah air yang tenang jangan disangka tiada buaya, muka yang tenang jangan disangka tiada masalahnya. ehh? Boleh tak gitu? Hahaha

Hasil carian imej untuk stay positive

Makan
Kahkah. Ini memang benda terbaik yang patut korang cuba. Stress je makan, asal stress je makan, asal makan je kau, asal gemuk je kau. Kah kah. Tak main je. Kalau orang lain stress ni boleh kurus kan. Tapi pelik bila sis stress rasa nak makan semua benda. Hahaha. Sebab tu sis tak pernahnya nak kuruihhh. Mimpi jelah wey. Sobs. Tapi makan elok elok lah wey, jangan jadi pelahap pulak macam tiada hari esok untuk kau makan benda sedap. Over tau 

Hasil carian imej untuk suka makan tapi taknak gemuk

Shopping
Aah, sis pernah lah rasa stress teramat sangat kot. So bukak IG usha itu ini berkenan and beli. Hahaha memang tak pikir apa dah kan. Rakus amat! Aduh korang jangan follow tapi sekali sekala takpe kot? :p Cuma kena beringat jelah gaiss. Kang habis duit korang jangan salahkan sis hokeiiii.

Imej yang berkaitan
taktahu kaki sapa, ceq pinjam sat nohh :p

Bersenam
Bersenam lah wey. Selain boleh jaga kesihatan ia boleh membantu awak semua merawat stres. For example, berjogging ke. Selain dapat mencuci mata lihat alam semulajadi engkorang boleh jugak mencuci mata tengok kot ada jodoh kat sekeliling. Ehhh? Nak bersenam ke nak cari jodoh ni? :p Boleh jugak nak keluarkan peluh, lemak lemak mencair dan korang semua boleh kuruih dan jugak takde lah terperap dalam bilik nak layan segala macam perasaan stress tu. Jangan sendu sangat gaiss.! Ayuh bersenam.!

 Hasil carian imej untuk bersenam

Dekatkan diri dengan Allah
Last but not least, mengadulah dengan Dia ye wahai kawan kawan. Dia yang maha mendengar semua rintihan hati hambaNya. Mengadu dengan dia, Inshaallah kita akan rasa lega dan tenang. Selain itu, mengaji juga mampu mnghilangkan rasa stress/ sedih. Ia juga boleh mendatangkan ketenangan pada diri di samping kita dan pahala pon dapat gaisss..

Hasil carian imej untuk allah

Sekian sampai di sini dulu entri ni. Semoga berjumpa lagi di entri yang lain gaiss.
Terima kasih sudi singgah sini. 

Assalamualaikum.
xoxo


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...