Kenapa nak jadi blogger?

ASSALAMUALAIKUM.

Kabare semua? Udah mangan ke? Hahaha cubaan nak jadi orang jawa kejap. memang hancuss

So, setelah lama menyepi kenapa tetiba jadi rajin nak hapdate blog sendu ni? Jawapan dia memang ada banyak gaiss. Sampai sis tak tahu nak cerita camna ni.

Sebenarnya terasa rajin sejak maxis ada buat pelan 1GB percuma untuk 1 jam ni. Kakakakaa... Boleh la dalam masa sejam tu kot nak blogwalking ke, hapdate entri ke, nak usha crush ke? ehhh! takkk main je yang last tu. kakaka

Hotlink SIM Pack

Kalau dulu sis selalu rajin usha barang kat IG. Sekarang je dah malas sebab ntah, jap lagi melayang duit woi. Sis cumalah seorang penganggur berjaya :( Kena jimat sikit kan!

So balik kepada topik internet free tu, korang rasa berbaloi tak 1GB untuk 1 jam? wei tak cukup wei tak cukup untuk manusia rakus macam sis. Korang jangan sesekali follow perangai tak semenggah ni. Tapi sebenarnya sis bersyukur je sebab ada pelan free ni. Cuma kalau dapat lama sikit pon dah seronok dah. Kakakaaka #MasihJugakTakBersyukurTu :p

Nak cerita panjang pon takut korang bosan apa kata korang usha je kat SINI . Pssst korang guna pelan apa? Yang webe tu bagus ke? berbaloi tak? Celcom No kelentong tu okey ke? Share lah dengan sis kat ruangan komen nanti eh? :)

Selain tu, sejak beberapa menjak jadi penganggur ni hidup terasa bosan betul, asyik buat benda sama je, jadi saja nak cuba cuba menaip balik. Alaa, saja nak isi masa lapang. #SisCuba

 Nak kerja rasa macam ntah lah macam lagi seronok duduk rumah habih an boreh. Haha Tapi dah lama menganggur ni hmm syahdu jugak sebenarnya. Nak tunggu panggilan kerja pon macam lambat lagi. Sedih tau tunggu macam tunggu bulan jatuh ke riba. Actually, sis salah seorang graduan KKM yang belum dipanggil kerja lagi... Uwaaaa...... Sedih dia tak payah cerita tapi nak buat gane kan #SisTabah kot walaupon kadang kala meroyan tahap apa ntah. Kah!

Imej yang berkaitan

Tapi sebenarnya sis nak jadi blogger macam zaman dulu kala sebab sis sayang kot blog ni. Walaupun dia tak power macam blog lain, ntah ada something special kot yang ada kat blog ni.Dari zaman 2010 kot layan blog sekadar suka suka hiburkan hati (sekarang pon masih lagi begitu). Tapi blog ni dah maju sangat sis tak pandai betul nak main coding dia. Nak cuba edit HTML pon dah menggelupur. Agaknya ini petanda dah tua ke weyy? Tak sesuai dah nak main blog ni? :(

Hasil carian imej untuk i love blogging

Walaupun kadang kala sis rasa dunia blog ni dah tak macam dulu kala, tapi lantak lah. Dulik apa. Persoalan sis kat sini, adakah kewujudan Whattpad tu membantu menghambarkan lagi dunia blog ni? Hmm. Whateverrrr.  Yang penting sis boleh join segmen/ GA yang ada kat blogger lain, tanda support gaiss. Boleh meriahkan lagi tak gitu jemah jemah sekalian? Kalau agak korang buat segmen tu mohon share okey. nak jugak join. huhu

Rasanya dah lah kot meroyan kat sini. Jap lagi benci pulak kau orang kat sis. Huhuhu

So, itu sahaja lah. Jumpa lagi entri lain.

Sekian, mekasihhhh...

Asslamualaikum
xoxo

4 comments:

  1. Aiyoo jgnlah sedih2. nanti cepat tua baru tauuu X) cer tgk blog Nisha banyak juga GA/Segmen yg Nisha join & support. B) And wish you all the best! ^3^

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu. acah sedih je tu. kiki
      tq nisha. all the best to you tooo... :)

      Delete
  2. Eh hi... Mai pun berblog dari 2010, sayang nk stop, hahaha. Samalah kita penganggur yang berjaya. Asyik tanam anggur tak tumbuh2 pun.

    Mai guna Celcom #nokelentong, memang best!Hahahaha, tak pernah habisnyaaa tenet tu, tapi tu la nak recommend tak berani pula takut penggunaan tak sama. Sebab Mai cuma guna data masa keluar rumah je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishh. dengar mcm menarik je pakej celcom tu.
      btw, mudah mudahan semoga kita sesama daat kerja nanti.
      aminnnn

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...