assalamualaikum duniaaa.. terima kasih daun keladi sudi singgah sini. sila tinggalkan jejak untuk diterjah. :)

Perkahwinan & Hantaran

Assalamualaikum💕
Hai,  Sehat ke gaiss?  Alhamdulillah sis sehat je, bertambah sehat sebenarnya. Huhu

Disebabkan sekarang ni ramai kawan kawan sis yang akan mendirikan rumahtangga, so izinkan sis untuk berbicara soal hantaran. Isu panas kot ni, viral sana sini pasal hantaran mahal.  Kalau mahal dikatakan ibu bapa jual anak, kalau murah sangat orang duk mengata jugak.Choi sangat. Haha

Sis pon tak boleh nak cakap banyak pasal hal ni sebab sis pon tak berumahtangga lagi tapi boleh je kan nak bagi pandangan? 
Hasil carian imej untuk ramai membujang

Isu hot yang pernah menjadi topik utama kat akhbar Kosmo. Benarkah ramai membujang disebabkan hantaran yang semakin mahal?

Sebelum perbincangan kita menjadi lebih jauh, ayuh kita baca ni.

Hasil carian imej untuk hantaran dan kahwin


Logik ke tak jumlah hantaran macam ni? Hmmm...rasanya kalau macam ni punya harga mau makin ramai anak dara jadi andartu. Hihihi. Yelah, nak kahwin pon mahal sangat, tu belum cerita proses nak kahwin tu. No wonder lah ramai yang lari pergi kahwin kat Siam. :p


Fokus kat bahagian hantaran tu gaiss. 

Terpulang kepada keluarga pasangan untuk menentukan berapa nilainya. Maksud kat situ senang kita boleh bincang sampai jadi, Takmau gegaduh sampai jadi viral okey! :)  Kalau kita perhatikan memang nilai standard sekarang zaman GST adalah lebih kurang 10K. Memang tak boleh diskaun lagi ke? Haaa, bagi sis lah sebelum kita bising pot pet pot pet sana sini ada baiknya kome berbincang elok elok. Benda boleh settle gaiss.

Tapi kan tapi kan...

I think zaman sekarang ni kita kena ada 3K.  Aik, murah pulak? Cukup ke tak tu?

Sabar, tenang dulu dengar dulu pendapatan sis ni.

KENAPA 3K JE?

First, kena ada KEMAMPUAN ye tuan tuan puan puan. Maksud kemampuan bagi sis berapa je yang awak mampu bagi. Kalau pihak lelaki tuu kerjanya biasa je jangan la nak bantai letak nilai yang tak masuk akal. Kemon gais korang tahu kan sekarang ni nak cari duit bukannya senang. Kau buat kerja part time pon kena jugak berjimat ikat perut. Lepas tu tiap bulan nak kena layan kerenah kau yang selera gajah mintak itu ini lagi. Haaa acaner nak berumahtangga tu?  Lain lah bakal suami awak tu jutawan ada harta makan 10 keturunan pon tak habis. Haaa macam tu kau nak mintak hantaran 20k pon sis tak heran tau. #contohjeni

Benda paling penting sekali JANGAN, JANGAN DAN JANGAN pergi buat loan semata nak kahwin. Sekarang memang lah seronok kahwin grand, hantaran berjuta juta, majlis pulak kemain gempak siap ajak wartawan bagai. Ewahh engko ingat engko siapa? Berhabis untuk sehari memang seronok, tapi pikirkan kesan dia. Nak ke tanggung hutang yang melambak. Wei itu belum masuk lagi loan PTPTN,kereta,rumah dan lain lain. Jadi sila berfikir dengan waras sebelum buat loan okey. Nak ke berhutang sampai mati?

Lepas tu kita tengok pulak tahap KESANGGUPAN pihak lelaki tu. Kalau dia sanggup bagi banyak rezeki awak la tu. Kalau sikit tu bersyukur jelah wei. Dia dah sanggup terima awak pun bersyukur lah jemah oi.

Kemudian, KEIKHLASAN yang memberi dan menerima. Kalau sebelah pihak je yang rasa ikhlas pon tak okey jugak. Nanti mula lah ada cakap cakap belakang yang tak enak didengar. Alaaa. Paham paham jelah gais.

Bagi sis lelaki perempuan kena lah kumpul duit kahwin tu bersama sama. Baru lah tau penat lelah susah dia macam mana kan. Berbelanja ikut kemampuan dan berdasarkan jumlah kewangan yang ada. Time ni kena bijak berbelanja, lagi pun membazir tu amalan syaitonnn. Tepuk dada tanya selera pon tak boleh jugak. Dia kena tepuk dada tanya kemampuan. Hew hew hew 

Mentaliti masyarakat yang cuma bergantung kat pihak lelaki je patut dibuang beb! Ewah kau perempuan nak kahwin tapi duk senang lenang nak harap lelaki je bermatian kumpul duit.? Jangan awak jangannn. Nak hidup bersama kan? Pergi lah berkorban sikit. Kasihan lelaki, nak tanggung perbelanjaan kahwin pastu dah kahwin nak tanggung pulak dosa dosa kau. Allahu. Besar wey tanggungjawab lelaki tu sebenarnya. 

Tapi nasihat untuk awak yang perempuan kalau terasa diri tu kekurangan ilmu rumahtangga, maksud sis kat sini tak rajin pergi dapur tu boleh lah start belajar memasak. Ala, permulaan ni cuba yang simple je. Takkan lah nanti dah kahwin nak makang luar je kan. Tak sedap pulak macam tu.  Pernah dengar tak orang cakap nak pikat suami kena lah ikat perut dia dengan masakan tu. Haha Nanti takdelah orang cakap kau hantaran mahal tapi kerja rumah tak pandai buat. Nak ke wei dengar macam tu? Panas beb panass nak nak kalau dengar mertua kau ke yang cakap camtu?

Untuk lelaki pulak, kena lah support perempuan pergi dapur. Dia masak rentung ke apa ke sila lah bagi komen membina sikit. Hargai penat lelah dia cuba turun dapur untuk awak. Di samping tu boleh lah banyakkan ilmu dalam dada awak untuk membimbing perempuan tu. Sesungguhnya lelaki itu kan ditakdirkan jadi ketua keluarga yang membimbing.

Ahh makin lama sis rasa macam makin merepek pulak. Taktau lah boleh diterima akal orang lain ke tak. Apa pun ianya sekadar pandangan je. Yang menulis pon tak berumahtangga lagi so takde pengalaman sangat tapi sis bercakap berdasarkan pemerhatian je ni. Boleh tak camtu? Hihi So kalau ada apa nak tambah sila lah komen. Hehe

Sekian.
Assalamualaikum
Xoxo💋

4 comments:

  1. yang membaca ni pun tak berumahtangga lagi jugak...heheh

    yang paling penting jangan sampai menyusahkan.. sekadar pandangan peribadi.. =)

    follow dari segmen http://kotakconteng.blogspot.my/2017/05/segmen-mencari-bloglist-by-kinah.html

    ReplyDelete
  2. tak salah kalau nak mintak hantaran tinggi kalau mampu.. tapi bersederhana lebih elok.. lepas majlis tu lagi penting kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kehidupan lepas kahwin tu lagi penting. apa pun semua bergantung kat kemampuan dan selera org mcm mana. huhu

      Delete