assalamualaikum duniaaa.. terima kasih daun keladi sudi singgah sini. sila tinggalkan jejak untuk diterjah. :)

Petua Hilangkan Jerawat

ASSALAMUALAIKUM 

Ada tak kat sini yang mengalami masalah jerawat? YEAH,its me. Sekarang ni taktau lah memang musim berjerawat melanda antynid. Heyy, memang mengundang rasa sendu bila selama ni tengok muka elok licin, sekarang bersepah! Kurang confident i tau. :(

So, dalam pada tu antynid dah cuba beberapa cara simple yang boleh kita buat. Tak payah pakai kos yang mahal pon, guna bahan yang dah memang ada kat sekeliling kita je. Hee

ALOE VERA / LIDAH BUAYA

Hasil carian imej untuk aloe vera
Lidah buaya mempunyai banyak vitamin semulajadi yang boleh membantu memutihkan dan memudarkan parut. Tapi gaiss kena pakai secara konsisten baru la parut tu hilang beransur ansur..

CARA : Ambil lendirnya, sapu kat muka dan biarkan ia kering selama 20 minit. Kemudian, boleh bilas dengan air. Hasilnya kulit jadi segar dan lembut, selembut kulit bayi. Hiks :P

BEDAK SEJUK

Hasil carian imej untuk bedak sejk

Rasanya bedak sejuk ni semua orang ada satu kat rumah. Ini memang cara yang paling jimat dan kebaikan yang paling best bila ia srap minyak kat muka ni. 

CARA : Ambil beberapa biji dan campur dengan air. Lagi pekat lagi best. Nak pakai time tidur dan biarkan semalaman pon ok je. 

AIS

Hasil carian imej untuk ais batu

Cara yang paling senang, simple. Letak ais pada jerawat yang tengah "ranum" tu. Tepekkan setiap pagi sampai jerawat kecut. Yes, memang jadi sebab fungsi ais tu sendiri boleh kurangkan sakit dan bengkak. Haa... pasni apa lagi boleh dah simpan ais banyak banyak kat dalam peti tu :)

SODA BIKARBONAT

Hasil carian imej untuk soda bikarbonat

Haa.. pernah cuba tak bahan ni? Boleh tahan best, sebab dia tolong bersihkan kulit dan menghilangkan jerawat tu.

CARA : Campur 2 sudu soda bikarbonat dengan air. Kemudian tepek kat muka sampai kering. Tapi AWAS kalau terasa pedih memang kena cepat basuh muka, takut tak sesuai dengan kulit awak. :)

okey, cukup kot yang ni dulu, nanti kalau ada antynid tambah lagi okeyyy :)

sekian, Assalamualaikum

xoxo

No comments:

Post a Comment