PUASA & PANDUAN SOLAT TERAWIH

ASSALAMUALAIKUM.
Harini saya nak kongsikan dengan anda semua mengenai puasa dan panduan untuk solat terawih. 

Hasil carian imej untuk manfaat puasa pada bulan ramadhan

ANTARA FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.
1. Pintu langit dibuka.
2. Pintu-pintu syurga dibuka.

FADHILAT YANG LAIN
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga.
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaannya oleh Allah SWT.
3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak.
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah SWT.
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

AMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN
Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:
  1. Solat sunat Tarawih
  2. Solat-solat sunat yang lain
  3. Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
  4. Memberikan hidangan berbuka puasa
  5. Banyakkan membaca tahlil
  6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
  7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
  8. Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
  9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.

NIAT PUASA PADA BULAN RAMADHAN
Hasil carian imej untuk lafaz niat puasa ramadhan
Dan disini saya juga sertakan PANDUAN SOLAT TERAWIH
Semoga bermanfaat kepada anda. Sekian, Assalamualaikum :)

2 comments:

  1. Semoga kita istiqamah melakukan ibadat yang hanya sekali setahun ini sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan smoga ibadat kita diterima Allah :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...