assalamualaikum duniaaa.. terima kasih daun keladi sudi singgah sini. sila tinggalkan jejak untuk diterjah. :)

RESEPI : KENTANG PUTAR ALA KFC

ASSALAMUALAIKUM..:)

Sedapnya lahai kentang putar. Asyik google resepi je makanya antynid pon dengan gigih try hard buat kentang putar ni. So, sebab ianya dah berjaya dengan jayanya maka ayuh lah antynid kongsikan resepinya untuk awak awak semua. Hihi. Jangan lah kecam antynid sebab kita budak baru nak gigih masuk dapur wei. Sobs

Jadi tanpa lengahkan masa ayuh lah kome baca resepi ni, manatau kome pon suka nanti kan..kan. :P

Bahan-bahan

Kentang
8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar( nak pakai dalam 1 cawan pon boleh je)
sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah

Cara-caranya
1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong kecil supaya cepat empuk.
2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 20 minit / sehingga kentang empuk.
3. Bila kentang sudah empuk,toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. 
4. Masukkan sedikit butter, lada hitam serta lada sulah dalam kentang dan lenyek lenyekkan.
5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.
6. Boleh blender untuk bagi kentang lagi halus 

Bahan-bahan Resepi Sos Kentang Putar:
1 labu bawang besar (ditumbuk) 
2 ulas bawang putih (ditumbuk) 
4 sudu butter
2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
1 kiub ayam knorr
secukup rasa serbuk lada hitam dan sulah
2 1/2 cawan air


Cara-caranya
1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang sehingga bertukar warna sedikit perang (warna caramel)
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
3. Masukkan air,kiub ayam,lada hitam serta lada sulah dan kacau sehingga sebati.
4.Jika kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api. 
7. Blenderkan bahan ini supaya ia menjadi lebih halus
8. Siap! Sedia dimakan sama ada panas panas ataupun sejuk. Yummyyyyy..

Dan, inilah hasilnya...........jeng jeng jenggggggg



Nyum nyum. sedapnya gaiss.

awak nak jangan lupa try buat.

sekian.

assalamualaikum
xoxo


8 comments:

  1. Replies
    1. huhu. cuba lah kak. buat utk anak2 pon kompem diorg suka makan hehe

      Delete
  2. Sedapnya.. Boleh cuba nie.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je kak. hehe. selamat mencuba :)

      Delete
  3. wahhh sedapnya mesti anak-anak suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang bukan kanak2 ni pon suka. huhu :P

      Delete
  4. sedapnyaaa pasni ley try :D hehe
    http://mellyacrayola.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh awak. try la..sedapp :)

      Delete