Selamat Hari Jururawat

Imej yang berkaitan

ASSALAMUALAIKUM..
Memandangkan harini merupakan Hari Jururawat makanya aku nak cerita sikit pasal jururawat yang ada kat Malaysia ni. Meh la awak jemput baca :) 


Hasil carian imej untuk staff nurse line biru
Pinjam gambar patung je sat gi pinjam gambar orang kena saman pulak gua! :P


haa, kalau yang pakai line biru camni ialah jururawat gred u29 atau lebih dikenali sebagai Staff Nurse. Depa selalu bertugas kat dalam wad wad, Klinik Kesihatan, Klinik 1 Malaysia, Klinik Pakar, dan ada jugak yang bertugas dekat Emergency Department. Selalunya tugas depa ni memberi ubat, membuat nursing care, buat report, melaksanakan semua pelan perawatan yang dibuat doktor pakar. 


Hasil carian imej untuk jururawat masyarakat
Ok, yang line purple ni kita panggil dia Jururawat Masyarakat :)



Tugas Jururawat Masyarakat ni pulak memang best sebab dia sangat berkelebihan dalam menyambut bayi dan akan mengetuai klinik desa. Dia akan memberi perkhidmatan kesihatan kepada ibu mengandung, bayi dan kanak kanak, buat home visit dan perkhidmatan perancang keluarga. Selalunya kita akan jumpa dia Klinik Kesihatan, Wad O&G (Obstetric&Gynaecology ), dan juga labour room.

Tugasnya memeriksa vital sign pesakit, menyuap makan kepada pesakit yang tak berdaya/tiada ahli keluarga menjaga, menolong menukar lampin pakai buang pesakit, menolong menukar kainan/cadar pesakit yang kotor, membuang urin pesakit.

 Okey, selain tu kita ada ketua jururawat( biru cair) dan meteren warna biru gelap.Aku dah try letak gambar tapi ntah dia xmuncul pulak, jadi sila google ye untuk lihat sendiri. :)

OK, lepas tu kita ada jururawat pergigian. Selalunya akan pakai line kuning dan memang ditempatkan di klinik pergigian. Tugas dia berkaitan dengan kesihatan dan penjagaan gigi serta memberi ceramah di sekolah-sekolah tentang cara memberus gigi dengan betul dan penjagaan gigi serta perawatan lain.Mereka juga akan memeriksa, mendiagnos dan mengatur rawatan pesakit-pesakit 

Imej yang berkaitan
Jururawat Pergigian. Ini pon hakak pinjam google je
Psstttt, antara semua yang ni hakak paling seram sama macam doktor gigi. Takut woi... Skeri meri :( 

Akhir kata, selamat menyambut hari jururawat kepada mereka yang menyambutnya.. semoga jururawat terus maju dan boleh memberikan perkhidmatan yang terbaik di negara kita. Phewww.. beriya ucapan aku. Dan kalau ada papa info aku silap bagi mohon hakak misi abam misi semua tolong inform ya :)

Ok lah itu saja bah,
Sekian,
assalamualaikum
xoxo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...