SINOPSIS DRAMA HERO SEORANG CINDERELLA

Hasil carian imej untuk hero seorang cinderella

Drama Hero Seorang inderella karya Anjell yang akan bersiaran pada 22 Mei 2017. Drama ini akan ditayangkan di saluran Astro Ria dan HD 123 pada jam 10 malam Isnin hingga Jumaat. 

WATAK PELAKON 

Fattah Amin sebagai Tengku Ian Uzzam
Nur Fazura sebagai Nura Medina
Zizie Izette sebagai Puan Sri Mawar
Uqasha Senrose sebagai Puteri Emallyn
Fikry Ibrahim sebagai Farizzam
Aedy Ashraf sebagai Darius

SINOPSIS HERO SEORANG CINDERELLA 

Kisah seorang Cinderella bernama Nura Medina dan hero, Tengku Ian Uzzam. Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.

Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.

Nura Medina hidup bersama ibu tiri, Datin Mawar dan kakak tiri, Puteri selepas perkahwinan kedua ayah Medina, Datuk Azizan. Hubungan Medina dengan ayahnya tak begitu rapat kerana selalu dihasut oleh Datin Mawar. Sehingga dia difitnah lalu dihalau keluar rumah oleh Datuk Azizan. Walau apa yang terjadi Tengku Ian selalu dalam hidupnya, muncul sebagai hero penyelamat.
Namun ada rahsia disebaliknya? Apakah rahsianya? 

*Adakah fenomena #Fattzura akan jadi sehebat #Lofattah? sesama kita nantikan. hew hew hew :p

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...