SINOPSIS DRAMA OASIS : BINIKU NINJA


Drama yang akan disiarkan sepanjang ramadhan bermula 29 Mei 2017 di saluran Astro Oasis dan Maya HD 135 pada Isnin-Rabu jam 9 malam. Drama ini diadaptasi dari novel Biniku Ninja yang ditulis oleh Azlan Andi.

PELAKON :

Ungku Hariz sebagai Azlan Andi
Jihan Musa sebagai Sabatini Dzue
Mark Adam sebagai Andi
Zain Hamid sebagai Tuan Syed Kalis

SINOPSIS :

Biniku Ninja menceritakan penulis sebagai watak utama yang berasal dari keluarga susah yang akhirnya berjaya merantau ke UK setelah mendapat tawaran menyambung ijazah dalam aliran seni. 

Penulis telah berjumpa dengan seorang gadis niqabis bernama Sabatini, semasa terlibat dalam aktiviti persatuan pelajar. Selepas 3 minggu penulis kemudian menikahi gadis tersebut dan perkara itu membuka kisah kehidupan nikah muda mereka yang mencabar. 

Sebagai pasangan yang gemar mengembara, pembaca dibawa melalui pengalaman mereka mengembara ke negara-negara asing selain kemelut yang dilandai mereka sepanjang mereka hidup berdikari diluar negara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...