MENCINTAIMU MR. PHOTOGRAPHER [ Sinopsis & Novel Online ]

mmp adaptasi


Aku dah jatuh cinta dengan Mr.Photographer tu? Hanya satu klik pada lensa kamera hubungan Aira dan Jemy semakin rapat.

“Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai aku nak kena curi-curi tangkap gambar kau?” – Jemy

Aira geram. Ah! Photographer tu memang sengal!

“Saya nak kerja sini.” – Aira

Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta.
“Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!”
Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah kepada seorang model.

Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata.
Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbitdi hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka?
BACA NOVEL ONLINE

Raya dulu vs Raya sekarang

ASSALAMUALAIKUM

Selamat Hari Raya gaiss. 
 Macam mana raya engkorang gaiss? Ok ke seronok ke tak. Dalam pada kita seronok, mungkin boleh kita imbas balik kenangan hari raya dulu dulu dan situasi sekarang. Gambar ni sis dapat dari Facebook tau.

kuih raya homemade vs tunjuk
Dulu sis ingat lagi kami adik beradik dok sesama tolong mak buat kuih raya. Betul wey, kalau buat malam tak habis memang akan bersambung buat pagi pulak lepas sahur. Keseronokan tu memang tak boleh dilupakan sebab nanti boleh buat kuih raya yang kita dapat dari majalah yang dibeli ye contoh macam majalah Wanita dan ada jugak yang dapat dari dalam surat khabar. Berbeza tau dengan sekarang semua layan resepi kat google je. Selari dengan perubahan teknologi, semua maklumat di hujung jari je gaiss. Sekarang zaman orang bekerja siang malam pagi petang sampai takdop masa nak buat kuih so, depa lebih memilih untuk 'kuih tunjuk' je. Lagi senang, mudah dan simple kan. Nak pulak sekarang dah ada Uptown yang memang ada jual kuih raya, jadi malam raya memang akan buat jualan lelong kuih raya dengan harga murah. Woi sapa je tak tergoda? Huhu 

Image may contain: text

Bersosial vs anti sosial
Musim perayaan sekarang ni kebanyakan orang lagi gemar duduk rumah dan menonton tv. Hehe Maklumlah tv ada banyak kot movie best. Teringat zaman kecik dulu seronok kot main bunga api dan mercun dengan sanak saudara yang lain. Memang best sebab boleh main bunga api dan jugak segala jenis mercun. Dan sis mampu main mercun Pop Pop je sebab takut main mercun nanti hilang tangan. Hahahaaha Mind set yang masih kekal sampai sekarang. Hahahahahahaa

Image may contain: text

kad raya vs media sosial
Sekarang ni semua wish raya guna media sosial je. Alasannya, lebih cepat dan pantas berbanding dengan kad raya. Mungkin kita lagi suka berjimat sebab kos nak beli kad raya+pos dah berapa kan? Orang zaman sekarang dah sibuk kot takde masa nak tulis kad raya then nak pergi pejabat pos lagi kan kan? Yang menarik dulu sis suka kumpul kad raya dan kad tu semua akan digantung kat ruang tamu. Hahaha orang yang datang beraya nanti nampak lah kan kad tu semua. hahaha *show off

Image may contain: text

Puasa penuh vs puasa yang yuk
Haaa. ingat lagi masa kecik baru nak start puasa, ayah memang akan bagi sis upah sehari seringgit. hahaha seronok kot. tu semua jadi punca punca sis bersemangat nak puasa penuh walaupun rasa macam dah lembik. hihi Kalau zaman sekarang agaknya depa mintak ganjaran apa? Mungkinkah aipon? Fuhhh. berpeluh woi nak bagi.

Image may contain: text

Beraya vs Wifi
Hihihi. Zaman sekarang ni sambil beraya sambil selpie sambil post gambar raya sana sini kan. Haaa. agaknya ada tak yang akan datang beraya sambil tu dia 'tumpang' wifi tuan rumah? Hehee 

Image may contain: one or more people and text

Baju raya moden vs tradisional
Zaman dulu beraya dengan baju kurung ke baju melayu okey dah. sekarang dah moden  macam macam fesyen kot. kurta lah,peplum lah, dress lah, baju mix blouse+skirt lah. haa nak pulak depa duk jual murahhhh je. Sis pon tergoda wei. Beli siap senang kan dari tempah yang kadang kala kena tunggu lama untuk siap. Ni dekat nak raya lagi lah kebanyakan tailor dah berhenti amik tempahan. Haaa kau rasa apa penyelesaian yang termudah?

Image may contain: text

Image may contain: one or more people and text

Banyak bezanya kan dulu dan sekarang?

Tapi bagi sis apa yang penting ialah kita dapat beraya di samping orang tersayang pon dah cukup. Huhu :)

[VIDEO] RESEPI KUIH RAYA : CHOCOLATE STICK

Tips:Elakkan mengantuk semasa memandu

ASSALAMUALAIKUM

Hasil carian imej untuk mengantuk semasa memandu

Minggu ni mungkin ramai yang akan balik kampung untuk cuti beraya kan. Kat sini ada beberapa tips yang boleh korang buat untuk elakkan mengantuk semasa memandu.

Basuh muka dengan air
Ini mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namun, agak kurang praktikal wanita-wanita yang sudah siap bersolek.Tetapi, jika tiada pilihan lain, terpaksalah berkorban kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar.


Dengar muzik yang rancak

Muzik juga penyelesaian paling efektif bagi menghilangkan rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Boleh juga jika anda memutarkan lagu-lagu ‘favourite’. Cara ini mampu mempengaruhi suasana hati agar tetap bersemangat. Cuma perlu diingatkan jangan pulak pasang lagu mendayu dayu, nanti makin mengantuk ado lah. Huu


Elak memandu berseorangan

Kadang-kala disebabkan terlalu bosan dengan perjalanan yang jauh, dan anda pula berseorangan di dalam kereta, potensi untuk mengantuk adalah tinggi. Untuk mengatasi anda disarankan mengajak seorang rakan atau pun ahli keluarga untuk memeriahkan lagi suasana di dalam kereta. Carilah topik yang boleh membuatkan anda ketawa bagi menepis rasa bosan dan mengantuk di sepanjang pemanduan.  


Berehat sekejap jika perlu

Khas bagi anda yang memandu dalam tempoh masa yang lama, badan pasti akan berasa letih dan penat. Ada baiknya anda berhenti di mana-mana hentian rehat untuk merehatkan diri. Ambil masa 15 hingga ke  20 minit untuk melelapkan mata buat seketika.Selepas bangun, pastikan anda mencuci muka dengan air bagi menyegarkan diri semula. Walau tidur hanya sebentar, ia sudah cukup untuk memberi semula tenaga untuk anda terus memandu.


Minum minuman isotonik /berkafein

Minuman isotonik dapat mencergaskan badan dan mengelak rasa lesu ketika memandu. Manakala minuman berkafein pula dapat meningkatkan produksi adrenalin dan menghalang zat kimia yang menyebabkan rasa mengantuk.


Jika anda tergolong dalam kategori orang yang kerap diserang rasa mengantuk ketika memandu, tips sederhana ini boleh dipraktik untuk membuatkan anda kembali bangkit ataupun segar daripada mengantuk

Sekian gaiss. diharap tips ini boleh membantu.

Selamat bercuti, Berhati-hati ketika memandu.

Assalamualaikum

RENUNG RAMADHAN #27

Hasil carian imej untuk lailatul qadar

[VIDEO] RESEPI KUIH RAYA : FAMOUS AMOUS COOKIES

Jom DIY Sampul Duit Raya

Hai, hari ni  kita nak jadi #siscuba buat sampul duit raya ni. Terjumpa dalam pesbuk lagi. hehe

Selamat mencuba gaiss.

Barang diperlukan :
Kertas pembalut hadiah
Gam
Gunting

Cara-cara :

No automatic alt text available.

Lipat kepada 4 bahagian. Contoh dalam gambar di atas.

No automatic alt text available.

Ok, Kalau dah sama tu boleh lah potong pulak

No automatic alt text available.

Then, lipat kepada 3 bahagian. Pastikan sama ye

No automatic alt text available.

Lipat bahagian kanan dan bawah. Pastu lipat kecik macam dalam gambar. Lipat lagi macam dalam gambar sebelah.


No automatic alt text available.

Ok yang bahagian atas tu potong sikit. Pandai-pandai la kemaskan nak lipat jadikan penutup.

No automatic alt text available.

Pastu gamkan. Jangan banyak sangat. Ikut keperluan. hee

No automatic alt text available.

Tadaaaa... Siap!

Not bad kan. Boleh lah dicuba nanti.

DOA HARIAN RAMADHAN HARI 26-30

[VIDEO] RESEPI KUIH RAYA : POPIA NESTUM

Tips Balik Beraya Di Kampung

Ho..Hoo Hooo... Balik kampunggggg
Hooo...Hooo..Hooooo balik kampunggg
Hati giranggggg..

Eh! Ternyanyi pulak. Hehee
Esaited lettew kan nak raya, nak balik kampung. Opkos. Setahun sekali kan!
Jadi kat sini sis nak kongsikan beberapa tips balik kampung. Alah, dah tentu semua orang dah baca kan kat pesbuk. Tapi takpelah nak share jugak kat sini.

Meh la baca gaisss....


  1. Bawak iron sendiri. Yelah, bila dah reramai tu comfirm berebut dan kena tunggu turn yang lama kan. Yelah, nak gosok baju mak ayah adik akak abang lagi. Lama kot! Dengan baju, tu belom lagi nak gosok tudung, samping, telekung dan lain lain. Comfirm nanti lambat siap nak pi semayang raya.
  2. Haaaa, rasanya ini penting kot. Balik kampung kena bawak extension nak cas henpon lah, power bank dan segala macam jenis barang lah. Bawak jangan tak bawak. Takut nanti ada yang nanges sebab nak selpie tapi battery fon pulak habis! Hahaa
  3. Penggunaan tandas yang terhad. Hihi! Ini peringatan untuk kome yang suka mandi berjam jam dalam bilik air tu. Buat apa taktau lelama. Hahaa. Pandai-pandai lah bahagikan masa dalam toilet tu, kang tak memasal kena jeling sebab duk lama sangat kan. Orang lain pon nak guna jugak woi. Dan, pastikan guna air tu berjimat cermat ye, sebab biasa dah reramai tu comfirm bil air naik! 
  4. Ringankan tulang untuk membantu apa patut kat dapur. Tolong basuh pinggan ke ape ke. Haaa...ini pernah jadi isu kot pasal basuh pinggan ni. Hahahaa Sis baca kat twitter pon terbahak gelak. Nak tengok tahun ni up lagi tak isu tu. :p
  5. Elakkan 24 jam layan henpon. Hak alah, setahun sekali dapat berkumpul kan. Bukan selalu dapat jumpa jadi boleh lah bersembang puas-puas..
  6. Bagi duit raya ikut kemampuan. Tak perlu nak show off, berlagak kaya ke ape.Kalau nak bagi sis tak kisah pon berapa hengget. Dah dapat pon bersyukur sangat. Hehehe
  7. Untuk emak-emak yang beranak kecik tu elakkan lah terperap dalam bilik. Jangan jadikan anak sebagai alasan malas nak menolong. Ramai-ramai tu takkan takde sapa sudi tengok anak hang kan! huhu
  8. Kalau ada rezeki lebih boleh lah belikan untuk mak ayah barang keperluan dapur. Ikut kemampuan yang ada, tolong tambah sikit-sikit apa salahnya.
  9. Jangan mudah terasa dengan mulut makcik pakcik tu. Contoh soalan panas ' bila nak kahwin' tu. Haa, jawab je secara sopan, jangan nak jawab ikut sedap mulut je. Biasa lah tu depa nak beramah mesra dengan hampa dengan soalan-soalan panas. Chill okey. :)
  10. Elakkan dari main mercun.Ye, tu semua memang lah meriah, tapi bayangkan kalau sedara mara hang yang ada anak kecik tu. Depa nak tidoq ke ape ke. Kang tak masal bergaduh.
  11. Jaga aurat terutamanya perempuan. Bila dah reramai tu paham-paham jelah kan camne. Pakaian biaq sopan nahh.
Ok gaiss. Sekian sahaja tipsnya.
Semoga bermanfaat.
Assalamualaikum!
xoxo

RENUNG RAMADHAN #25

[VIDEO] RESEPI KUIH RAYA : BISKUT MAMA CARRIE

Manfaat Kopi Dalam Kecantikan

Hasil carian imej untuk khasiat kopi

ASSALAMUALAIKUM

Siapa penggemar kopi kat sini? Selain dari dijadikan minuman harian kopi juga mempunyai banyak manfaat kepada kita. 

Tertanya kopi ini juga bagus untuk kulit wajah kusam. Kita boleh campurkan satu sudu besar serbuk kopi bersama madu dan satu biji telur untuk merawat wajah kusam. Kemudian, kacau semua bahan dan sapukan pada wajah. Biarkan selama 15 minit. Boleh amalkan seminggu sekali.

Selain itu, untuk merawat kulit berminyak kita boleh campurkan serbuk kopi segar bersama yogurt. Sapukan pada wajah dan urut selama satu ke dua minit. Kemudian, bilaskan dengan air sejuk.

Hasil carian imej untuk sabun kopi
Sabun kopi yang sangat famous pada masa kini.

Serbuk kopi kering juga boleh digunakan untuk menghilangkan selulit. Ambil serbuk kopi dan urut dengan lembut dan amalkan seminggu sekali. 

Kopi juga boleh digunakan dalam merawat bibir merekah dan kering. Caranya mudah sahaja, cuma tambahkan madu dan serbuk kopi dan kemudian boleh diletakkan pada bibir.

Walau bagaimanapun, untuk zaman moden ini, kita boleh gunakan cara mudah iaitu gunakan sabun kopi yang kini dijual meluas dengan harga yang berpatutan. 

Hasil carian imej untuk sabun kopi

Haa, mudah kan. Tapi bagi sis, mana mana pon sama sebab dia mempunyai khasiat yang sama. Huhu, jadi tepuk dada tanya selera.

Mungkin lepas baca entri ni, ada yang berminat nak cuba sabun kopi ni? Huhu

Tips Menghalau Serangga Di Rumah

ASSALAMUALAIKUM

Adakah anda rasa terganggu dengan kewujudan binatang / serangga yang seringkali menganggu ketenteraman kawasan rumah kita? Di sini ada beberapa tips yang sis dapat kat Facebook. Semoga bermanfaat untuk kita semua :)

Image may contain: text

Image may contain: meme and text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

RENUNG RAMADHAN #24

SEGMEN ILMU : STROK

Hasil carian imej untuk tanda STROK


Berasa lemah atau kebas pada sebelah badan
Ia merupakan gejala strok paling biasa teruatama pada bahagian lengan dan kaki. Boleh juga terjadi separuh dari wajah kelihatan menurun atau jatuh.

Gangguan pertuturan
Sukar untuk berkata atau langsung tidak boleh berkata-kata secara tiba-tiba. Pesakit mungkin juga mengalami kesukaran memahami percakapan.

Sakit kepala yang serius
Pening kepala secara tiba-tiba, sukar seimbangkan tubuh atau mengalami masalah untuk berjalan dengan betul. Atau pun tiba mengalami sakit kepala serius tanpa mengetahui sebabnya.

Hilang penglihatan
Bukan buta terus tapi berlaku gangguan penglihatan, biasanya sebelah mata saja. Bagaimana pun pesakit boleh juga mengalami masalah pada kedua belah mata contohnya kedua belah mata tidak boleh melihat ke kiri.

Mengalami salah satu atau semua gejala ini.
Jika anda mengalami salah satu atau mempunyai kesemua tanda-tanda di atas, anda perlulah mendapatkan rawatan segera untuk mencegah sebarang komplikasi yang akan berlaku.


Hasil carian imej untuk tanda STROK

Sekiranya kita nampak seseorang yang mempunyai mana-mana simptom di atas, kita dapat menggunakan FAST bagi mengenal pasti dengan cepat adakah orang itu sedang diserang strok.

F untuk FACE: Minta orang itu senyum. Adakah sebelah bahagian wajahnya jatuh?

A untuk ARMS: Minta orang itu angkat kedua-dua lengannya. Adakah sebelah lengannya jatuh ke bawah?

S untuk SPEECH: Minta orang itu ulang semula satu ayat mudah. Adakah percakapannya tidak jelas atau pelik?

T untuk TIME: Sekiranya kita perhatikan orang itu mempunyai antara tanda yang di atas, segera dapatkan rawatan perubatan.

Boleh usha SINI untuk bacaan lengkap mengenai penyakit strok ini.

Sekian, mekasihh
Assalamualaikum.

[VIDEO] RESEPI KUIH RAYA : CORNFLAKES MADU

Petua Di Dapur

ASSALAMUALAIKUM

Hai, apa khabar korangg?

Pejam celik pejam celik tinggal berapa hari je lagi ramadhan akan berakhir. Dan sis yakin bulan ni bulan yang sangat meriah dengan makanan kan? Mungkin ada antara kita yang mengambil peluang untuk duduk dapur dan cuba memasak sesuatu yang baru untuk ahli keluarga.

Mungkin korang ada mengalami beberapa masalah di dapur,

dan..

kat sini sis ada beberapa petua yang boleh kita cuba amalkan di dapur untuk menjaga kebersihan dapur dan peralatan memasak kita. :)

Hasil carian imej untuk petua di dapur


Untuk mengharumkan dapur dari bau yang kurang menyenangkan kita boleh menggunakan beberapa keping kulit kayu manis, bunga cengkih dan cuka. Rebuskan dan biarkan ia sejuk. Kemudian sembur / lap pada kawasan dapur seperti di kabinet, jubin atau sekitar dapur.

Membersihkan minyak goreng dengan menggunakan beberapa keping asam gelugur atau boleh juga menggunakan halia. Masukkan dalam kuali bersama bahan goreng. Asam akan menyerap hitam yang ada dalam minyak dan kita boleh menggunakan minyak itu untuk beberapa kali.

Untuk membersihkan kesan hangus kita boleh menggunakan serbuk penaik. Campurkan ke dalam air dan biarkan selama beberapa jam. Kemudian gunakan air campuran itu untuk membersihkan periuk / kuali seperti biasa. 

Untuk menghilangkan kesan melekat pada kuali pula ialah letakkan air panas dalam kuali dan biarkan beberapa minit dan basuh macam biasa.

Bau cili pada mesin pula boleh dihilangkan dengan mengisar beberapa keping biskut selama beberapa minit. Biskut dikatakan boleh menyerap semua bau cili.

Pisau mesin pengisar boleh ditajamkan kembali dengan mengisar satu cawan garam kasar sehingga halus. Haa, senang je kan? :)


SELAMAT MENCUBA !

RENUNG RAMADHAN #23

Hasil carian imej untuk malam lailatul qadar

Tips Keselamatan Rumah Ketika Musim Perayaan

Hasil carian imej untuk keselamatan rumah semasa perayaan

Hai.
Dah nak cuti raya ni. 
Korang bercuti berapa lama? 
Balik kampung tak?
Korang risau tinggalkan rumah lelama?

Jangan risau sebab kat sini ada beberapa tips yang boleh membantu korang untuk menjamin keselamatan rumah kita nanti.

  • Pastikan pintu dan tingkap rumah dikunci.Pasangkan alat keselamatan tambahan seperti rantai / padlock agar tidak mudah dipecah masuk / diumpil. 
  • Hentikan langganan surat khabar supaya orang tidak mengetahui bahawa rumah korang sedang ditinggalkan.
  • Pasangkan alat penggera dan pastikan ia berfungsi dengan baik.
  • Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan luar rumah.
  • Pastikan barang berharga disimpan di tempat selamat / dibawa bersama semasa pulang ke kampung.
  • Letak CCTV di rumah untuk lebih selamat.

Last but not least, kita redha dan tawakal jelah. Banyakkan berdoa supaya rumah yang kita tinggalkan tu kekal selamat. Inshaallah.

Untuk banyak lagi tips boleh usha kat SINI

[VIDEO] RESEPI KUIH RAYA : ALMOND LONDON

RENUNG RAMADHAN #22

ramadan-kareem-quote

Malam Lailatulqadar

Hasil carian imej untuk malam lailatul qadar
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. dan ianya ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. 
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w telah menyebut temtang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat tersebut.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam Lailatul qadar. Ianya satu malam yang menyemai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil tersebut ialah 21,23,25,27 dan 29 dari bulan ramadhan. Dalam pada itu, terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam lailatuqadar  itu pernah di temui dalam zaman Rasulullah s.a.w pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa lalilatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya.
Baginda menjelaskan malam lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam  lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t supaya setiap umat islam menghayati 10 malam yang akhir daripada ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
 Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1.     Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2.     Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan   dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3.    Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Tanda Malam Lailatulqadar
Antara beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
  • Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.

  • Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.

  • Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.

  • Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

[VIDEO] RESEPI KUIH RAYA : TART NENAS GULUNG

RENUNG RAMADHAN #21

ramadan quotes ultraupdates

Resepi kurus dengan menggunakan halia


ASSALAMUALAIKUM

Hasil carian imej untuk air halia untuk kurus


Bila diperhatikan selama lebih setahun sis menganggur ni memang berat badan agak sendu lah jugak. Semua lelemak sedang beronok ronok luaskan kuasa dia kat badan sis. Mula lah rasa nak terbonjol sana sini terutama kat kawasan kritikal seperti di perut, peha dan lengan. 

Woi series nak menanges woi. Nak try buat squart semua tu pehh pehh pehhhh rasa nak arwah terus sebab tak larat. Kakakakaka. Nampak sangat dah gemok kan! Berat kita naik 3kg camtu wakk! Dengan tinggi yang tak berapa nak tinggi ni terasa ketott semacam nanti. Sobs!

Jadi sis cungkil punya cungkil, akhirnya bertemu jua dengan resepi mudah yang boleh membantu menghapuskan lelemak degil yang berleluasa dalam badan sis ni. Mintak-mintak boleh lah jadi kuruihhh balik sebab sis dah penat kot dicerca masyarakat sebab lemak yang gelebeh ni. Sobs! Sobs!

Cara dia senang je gaiss, kita amik je seketul halia sebesar ibu jari dan dihiris kasar kasar pastu boleh dah masukkan halia tu dalam gelas yang berisi ayaq panas nahh.

Biarkan dia lebih kurang 5 minit pastu boleh dah minam.

Kalau suka boleh je nak tambah madu untuk rasa yang lebih lazatttt.

Amalkan setiap hari.

Haaa, korang try lah wey, manatau jadi hampa jugak yang slim cun melecun nanti. Sambil sambil tu jangan lupa doakan resepi ni menjadi. Biaq la sis nak merasa jugak jadi kuruih. Hihihihi :p

[VIDEO] Ini Yang Akan berlaku Bila Nyamuk Menggigit Anda

[VIDEO] RESEPI KUIH RAYA : BISKUT SUJI PELANGI

LAWAK : MARK ADAM YANG KELAKAR

Dia punya kelakar memang ntah lah rasa terhibur betul.
Atau sis ni memang sangat mudah terhibur?
KAH!

Image may contain: text

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: text

Image may contain: 1 person, text


Image may contain: 1 person, text


Image may contain: 1 person, text

Image may contain: 1 person

Image may contain: text

No automatic alt text available.

Image may contain: text


Sumber : twitter

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...