Lelaki dan Cinta Pandang Pertama

Hasil carian imej untuk wawa aeril zafril
gambar pinjam google :p

SATU kajian terbaharu yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Syracuse University, New York, Amerika Syarikat mendapati, golongan lelaki lebih cepat jatuh cinta jika dibandingkan dengan golongan wanita.
Menurut ketua penyelidik, Dr. Stephanie Ortigue, kajian tersebut dijalankan ke atas 30 orang responden lelaki dan wanita berusia bawah 30 tahun.
Hasil kajian mendapati, 72 peratus lelaki jatuh cinta pandang pertama, manakala hanya 61 peratus wanita sahaja yang jatuh cinta pada pandangan pertama.
“Jatuh cinta pandang pertama sebenarnya lebih kepada tarikan seksual dan lelaki lebih mudah tertarik secara seksual terhadap golongan wanita.
“Begitu pun, jatuh cinta pada pandangan pertama boleh juga menjadi rasa cinta yang lebih mendalam dan berkekalan,” ujarnya.
Tambah Ortigue lagi, perasaan cinta boleh wujud dalam tempoh 0.2 saat ketika lelaki dan wanita berpandangan.
Kesimpulan dia sis rasa love at the first sight tu wujud je. Mungkin hampir semua orang pernah alami, tapi persoalan dia, betul ke wujud cinta pandang pertama tu? Korang yakin ke itu adalah cinta dan bukan permainan hati semata-mata? Ahha, renung renungkan dan selamat berpuasa..

Kbai. Assalamualaikum. 😻😻

#sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...