Alahan Ubat

Assalamualaikum

Hasil carian imej untuk alahan ubat

Perasan tak bila korang pergi berjumpa doktor / ahli farmasi, depa akan akan tanya jika kita ada mengalami alahan pada sesuatu ubat ubatan? Jika korang ada alahan pada sesuatu jenis ubatan, adalah sangat wajar jika korang menyimpan kad yang menyatakan korang alah kepada jenis ubata apa. Ini penting supaya doktor boleh memberi ubatan yang bersesuaian dengan anda dan boleh mengelakkan berlakunya alahan.

Alahan ubat ini secara ringkasnya terjadi disebabkan oleh kesan tindakbalas ubat yang tidak normal. Tindak balas hipersensitiviti akan mendorong kepada tindakbalas imunisasi yang diarahkan oleh ubat. Antara contoh tindak balas alahan ubat adalah akan berlaku anafilaksis dan tindakbalas kulit seperti ruam, gatal-gatal, sensitif terhadap cahaya dan kemerahan. Ia juga boleh menyebabkan kesukaran bernafas, pitam, sakit sendi dan otot, degupan jantung tidak sekata dan pembengkakan di bawah kulit.

Ubat-ubatan yang kerap dikaitkan dengan alahan

Hasil carian imej untuk alahan ubat


Penicillin (dan semua antibiotik yang berkaitan). 

Kira-kira 1 dalam 10 orang melaporkan bahawa mereka mempunyai sejarah “alahan” kepada penicillin. Namun demikian, kurang daripada 10% individu yang berfikir bahawa mereka alah kepada penicillin. alah kepada ubat tersebut. Walau bagaimanapun, orang yang benar-benar alah kepada penicillin terdedah kepada gejala anafilaksis yang boleh mengancam nyawa. Oleh itu, amat penting untuk memberitahu doktor anda tentang tindakbalas alahan ubat masa lalu anda.


Cephalosporins (dan semua antibiotik yang berkaitan). 
Tindak balas cephalosporins hampir menyamai tindakbalas penicillin. Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan bahawa seseorang yang alah kepada penicillin boleh mendapat tindak balas alahan kepada cephalosporins kerana kedua-dua ubat tersebut mempunyai kaitan yang sama.


Sulfonamides (termasuk antibiotik, ubat oral diabetik dan beberapa ubat diuretik).
Tindak balas ubat ini tidak jelas sama ada disebabkan oleh alahan atau proses immunologi lain. Tiada ujian yang tepat untuk menentukan jika seseorang itu alah kepada ubat-ubatan dalam kelas ini.


Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs (NSAID), termasuk aspirin, ibuprofen dan naproxen. Kelas ubat-ubatan ini boleh menyebabkan alahan dan bukan alahan seperti gatal-gatal/bengkak, memburukkan lagi asma dan menyebabkan anafilaksis. Tiada ujian yang tepat untuk menentukan jika seseorang itu alah kepada kelas ubat-ubatan ini.


Ubat Bius Setempat (Local Anesthetics)
Tindak balas alahan kepada ubat bius setempat (novocaine, lidocaine) jarang berlaku, dan biasanya disebabkan oleh bahan-bahan lain di dalam ubat, seperti pengawet atau adrenaline (terdapat dalam local anesthetics untuk membuat ubat tahan lebih lama apabila disuntik).


Anestesia Am (General Anesthesia)
Sesetengah ubat-ubatan yang digunakan semasa pembedahan kerap kali menyebabkan tindak balas alahan dan anafilaksis

Akhir sekali, sis ingin tekankan sekali lagi bahawa sangat penting untuk kita mengetahui jika ada mengalami alahan ubat ubatan dan amat perlu untuk keluarga turut mengetahui alahan ini supaya pengamal kesihatan boleh memberikan rawatan dengan betul tanpa memberikan kesan kepada pesakit.

4 comments:

  1. alhamdulillah..masih x de alahan terhadap mana2 ubat..
    stakat ni..btw thanks for share ya..nice info

    ReplyDelete
  2. Nice sharing antynid. Alhamdulillah akak takde alahan ubat buat masa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak. senang kalau gitu.doc nak bagi ubat pon takde masalah. hee

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...