Apa Menarik Di Alor Setar, Kedah?

ASSALAMUALAIKUM

Apa yang menarik di Alor Setar? 
Sebenarnya kat Alor Setar ada banyak je tempat menarik untuk dikunjungi sekiranya kita pi melancong sana. Mengikut pandangan sis yang 'bermastautin' lebih kurang 2 tahum lebih( sebab study sana) apa yang paling paling menarik adalah kos hidup yang agak rendah. Makanan dia murah murah gaiss. Tu sebab kenapa aku jatuh cinta dengan Kedah. Hihi 

Kat sini sis ada 'list' beberapa senarai yang korang patut pergi kalau sampai kat Kedah. Hihi

Menara Alor Setar
Hasil carian imej untuk menara alor setar

Menara Alor Setar terletak di tengah-tengah Alor Setar dan ia menjadi mercu tanda yang mewakili pembangunan pesat di Kedah. Ia adalah menara ke-2 tertinggi di Malaysia dan ke- 19 di dunia. Ia dibuka secara rasmi kepada pelawat pada 14 Julai 2007 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Masjid Zahir
Hasil carian imej untuk masjid zahir

Masjid Zahir dibina pada tahun 1912 di mana ia di antara masjid yang cantik di Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar di mana rekabentuknya diilhamkan oleh lewat Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II.

Pekan Rabu
Hasil carian imej untuk pekan rabu ukir mall

Pasar Rabu yang dibuka setiap hari dari pagi hingga malam menjual pelbagai hasil ladang tempatan, kraftangan, hidangan tempatan, pakaian, buah-buahan dan perhiasan boleh didapati di sana.

Muzium Padi
Hasil carian imej untuk muzium padi
Muzium Padi ini terletak berhampiran Gunung Keriang yang merupakan di anatara tarikan pelancong apabila sampai di Kedah. Antara pameran yang menarik di dalam ialah terdapat pelbagai peralatan padi, basikal tua, perangkap ikan dan banyak lagi.
Muzium Negeri Kedah
Hasil carian imej untuk muzium negeri kedah

Muzium Negeri Kedah yang terletak berhampiran Stadium dan Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar.

Selain itu terdapat beberapa shopping Mall yang wajib anda lawati 
Aman Central
Alor Setar Mall
Star Parade

Jika korang nak food hunter boleh cuba makan kat sini
Burger Gemilang
Nasi Kandar Yasmeen
Chicken Chop Shahab Perdana
Laksa Ikan Sekoq
Kuey Tiow Iman
Roti Jala Stadium
Nasi Ayam Tat
Nasi Lemak Royale
Bite Cafe
Coconut Shake Pokok Sena

Banyak lagi lah gais tempat menarik yang boleh korang lawati. Untuk melihat lebih banyak lagi boleh usha kat Tempat menarik di Alor Setar dan Tempat Menarik di Kedah

Semoga bermanfaat untuk anda.
Sekian.

8 comments:

  1. Kedah memang menarik.. ada yg Sha dah sampai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? tap yg paling menariknya makanan dia murah2. hehe

      Delete
  2. Raya selalu pi Aloq staq pasai dulu kampung mak kat situ, walaupun tok dah takda,tapi bnyk family & kawan2 mak kat sana hehehe.

    Cantik Masjid Zahir tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik, kat depan masjid ni pon depa ada buat dataran alor setaq. boleh la kot nak lepak2. hee

      Delete
  3. Ehh Pekan Rabu dah cantik la. Tak macam dulu. Oh ye antynid study kat mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pekan rabu dia dah jadi ukir mall. dan tapak pekan rabu yg asal pon depa dah nak buat bangunan baru. tapi taktau nk buat ape. dulu stdy kat kolej MA tu, dekat blkg penjara. hehe

      Delete
    2. La yeke. Banyak perubahan sekarang. Nantila bila2 nak pergi sana. Mengimbau kenangan hehe

      Delete
    3. hehe. kan, byk sgt kenangan pahit manis kat sana. sekarang mungkin ada lg perubahan. huhu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...