Apa Yang Anda Patut Tahu Mengenai Ubat Paracetamol

Hasil carian imej untuk panadol biasa

ASSALAMUALAIKUM

Paracetamol atau lebih dikenali sebagai panadol ini pastinya sudah biasa kita ambil dan amat mudah untuk kita dapatkan di kedai runcit mahupun di farmasi.  Ubat ini adalah selamat diambil mengikut dos yang ditetapkan dan boleh membantu untuk menurunkan suhu badan ketika demam. Selain itu, Panadol juga berfungsi sebagai 'Pain Killer' dan boleh digunakan sekiranya kita mengalami migrain atau sakit kepala, sakit gigi, sakit yang disebabkan oleh artritis dan juga senggugut. 

Ubat ini biasanya diambil secara oral dan disediakan dalam pelbagai jenis seperti suspension ( serbuk larut air), tablet atau  tablet larut air. Jika kita mengalami masalah untuk mengambil secara oral, boleh mengambilnya dalam bentuk suppositori.

Tapi selalunya bentuk suppositori akan diberi kepada bayi mengikut jumlah dos yang sesuai dengan berat badan. Adalah penting untuk mengetahui berat baby anda supaya dos ubat yang diberi tidak menjadi overdose ataupun kekurangan dos. Untuk kanak kanak kebiasaannya akan diberi dalam bentuk cecair atau sirap. Sebelum memberi kepada mereka kita perlulah membaca label pada botol mengenai dos yang sesuai dengan berat kanak kanak dan mengikut umurnya.

Manakala dos untuk dewasa pula 500mg-1000mg adalah mencukupi dalam tempoh 4 hingga ke 6 jam. Kebiasaannya 1 tablet bersamaan 500mg.  

Antara kesan sampingan paracetamol ini adalah boleh merosakkan hati. Kita perlu mendapatkan rawatan segera sekiranya mendapat simptom kerosakan hati seperti loya dan muntah yang kerap, mata dan kulit kekuningan ( jaundis )  urin bewarna gelap, sakit pada abdomen dan mengalami kepenatan yang melampau.

 Walau bagaimanapun, segera maklumkan kepada doktor anda sekiranya anda mengalami sebarang kesan sampingan yang serius seperti risiko pendarahan yang semakin banyak, lebam atau tanda-tanda jangkitan seperti demam dan sakit tekak.

Kejadian alahan juga jarang berlaku dalam pengambilan paracetamol, walau bagaimanapun jika berlaku, perhatikan simptom alahan seperti gatal, ruam, bengkak (muka/lidah/tekak), pening dan susah bernafas.

Bagi keadaan pengambilan melebihi dos atau keracunan, dapatkan rawatan perubatan walaupun tiada tanda keracunan dikesan. Kesan keracunan mungkin lambat untuk dikesan bagi keracunan paracetamol.Pesakit mungkin tidak mengalami tanda serta-merta tetapi tanda keracunan mungkin akan muncul beberapa hari kemudian. Rawatan awal dapat mengelakkan kerosakan kekal pada hati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...