Filem Yang Dinantikan Tahun 2017

Spider-Man: Homecoming
Peminat filem Spider-Man pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton filem ini. Bakal ditayangkan pada 7 Julai 2017, perbezaan yang bakal ditampilkan menerusi filem ini terbaru ini adalah dari segi watak utama yang lebih muda selain turut dibintangi oleh Tom Holland dan Tony Stark.



Guardians of the Galaxy Vol.2
Mungkin bagi anda yang ingin bergelak tawa, ini adalah filem yang paling sesuai untuk ditonton. Dijangka menemui penonton pada 5 Mei ini, Guardians of the Galaxy Vol.2 dilakonkan oleh Chris Pratt dan Zoe Saldana.



Baywatch
Peminat-peminat aktor kacak Zac Efron pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan kemunculan kembali pelakon ini menerusi layar perak. Bakal ditayangkan pada 26 Mei 2017, gandingan hebat bersama The Rock juga adalah suatu yang menarik untuk ditonton.



Justice League
Filem ini bakal menggabungkan kesemua superhero dalam satu cerita. Filem arahan Zack Snyder ini berkisahkan tentang barisan adiwira ini bersatu demi menyelamatkan dunia. Filem ini dijadual bakal menemui penonton pada 17 November 2017.


Star Wars Episode VIII
Filem ini telah diarahkan oleh Rian Johnson dan bakal ditayangkan pada 15 Disember 2017. Episod terbaru Star Wars ini bakal menyaksikan sambungan pengembaraan yang epik bersama Finn, Poe, dan Luke Skywalker.



Jadi gaiss filem mana yang korang paling nantikan? Kalau tanya sis dah tentu sis tunggu filem Spiderman. Huhu 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...