Kuala Pilah Lubuk Emas


Assalamualaikum

Ahha, memang entri ni nak up tempat sendiri. Huhu. 

Kalau korang semua peminat barang emas, boleh lah datang kat Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Harga yang dijual yang sis tahu memang agak rendah berbanding tempat lain. Thats why, selalunya kedai emas kat sini penuh dengan orang. Seriously, tiap kali lalu nak ke pekan, usha kedai emas memang sentiasa ada orang eh. 

Kuala Pilah Lubuk Emas Murah Di Negeri Sembilan

Kuala Pilah Lubuk Emas Murah Di Negeri Sembilan

Untuk ke pekan Kuala Pilah tidak lah susah, jika anda dari Kuala Lumpur hanya ikut lebuhraya LEKAS dan ikut saja papan tanda ke Kuala Pilah. Dari Melaka boleh ikut jalan melalui Inas sementara yang datang dari Pantai Timur, boleh ikut jalan Muadzam Shah atau jalan Bentong melalui Simpang Pelangai.
Jika anda rasakan ia berbaloi atau tidak datang ke Kuala Pilah membeli emas? Cubalah anda sendiri datang ke Kuala Pilah dan tengok ragam pembeli di sini. Tanya pada mereka dari mana mereka datang. Jangan terkejut pula kalau rata-rata yang ada di kedai itu bukan orang Pilah.
Jadi gaiss, lokasi dah tau katne, korang taknak ke usha usha dulu. Kot la nak beli barang kemas raya ke kan. hihihi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...