Kurma Dan Khasiatnya

Hasil carian imej untuk kurma

Assalamualaikum

Harini sis nak share dengan korang info yang mungkin semua orang dah tahu iaitu mengenai khasiat kurma. Bulan puasa kurma lah benda yang wajib ada kat dapur kita kan.

Rasanya hampir semua suka kurma dan tahukah anda ia mengandungi banyak khasiat tersendiri dan sekarang memang tengah fofularr susu+kurma kan. Haa, engkorang dah cuba ke? Sis belum berpeluang lagi ni nak try. Memang nampak macam lazat kan?

Kriuk kriuk

EHH! Sebut pasal ni tak masal perut terus berkeroncong. Hahahaha

Hambar pulak rasa. #SisCuba

Dah lah, jom baca khasiat kurma ni. Tak payah layan sis merepek. 😖😖

Beri Tenaga Segera
Kurma mengandungi gula (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi daripada buah pisang. Kurma mampu memberikan ‘tenaga segera’ yang akan diserap oleh tubuh dengan serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buahan lain yang kaya dengan sukrosa (disaccharide) yang harus dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim sebelum bertuar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga
.
Kaya Dengan Serat Dan Pottasium
Kurma boleh dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan kulit kurma mengandungi serat. Kurma adalah antara buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tidak larut. 100g kurma mengandung lapan gram serat. Serat yang tinggi amat baik untuk sistem pelawasan. Kurma juga kaya dengan pottasium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila anda kehilangannya terutama sekali sepanjang tempoh berpuasa. Potassium juga dapat membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu untuk memelihara sistem saraf.

Membantu Proses Bersalin
Buah kurma juga amat baik untuk wanita yang mengandung dan turut memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan dapat membantu mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran.

Kuatkan Memori
Ramai yang berpendapat bahawa hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Kurma amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Penawar Racun
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

Merawat Penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma yang dikisar halus seperti serbuk teh dan direndam dan diminum dapat membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Melancarkan Sistem Pencernaan
Ketidakserasian dengan gluten akan menghalang penyerapan zat makanan secara sempurna. Kurma membantu untuk melancarkan penyerapan zat makanan dengan sempurna dan turut membantu melancarkan sistem pencernaan

Sekian mekasihhhh. Semoga ianya bermanfaat untuk bacaan awak awak semua :D

Assalamualaikum 
xoxo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...