Manfaat Kopi Dalam Kecantikan

Hasil carian imej untuk khasiat kopi

ASSALAMUALAIKUM

Siapa penggemar kopi kat sini? Selain dari dijadikan minuman harian kopi juga mempunyai banyak manfaat kepada kita. 

Tertanya kopi ini juga bagus untuk kulit wajah kusam. Kita boleh campurkan satu sudu besar serbuk kopi bersama madu dan satu biji telur untuk merawat wajah kusam. Kemudian, kacau semua bahan dan sapukan pada wajah. Biarkan selama 15 minit. Boleh amalkan seminggu sekali.

Selain itu, untuk merawat kulit berminyak kita boleh campurkan serbuk kopi segar bersama yogurt. Sapukan pada wajah dan urut selama satu ke dua minit. Kemudian, bilaskan dengan air sejuk.

Hasil carian imej untuk sabun kopi
Sabun kopi yang sangat famous pada masa kini.

Serbuk kopi kering juga boleh digunakan untuk menghilangkan selulit. Ambil serbuk kopi dan urut dengan lembut dan amalkan seminggu sekali. 

Kopi juga boleh digunakan dalam merawat bibir merekah dan kering. Caranya mudah sahaja, cuma tambahkan madu dan serbuk kopi dan kemudian boleh diletakkan pada bibir.

Walau bagaimanapun, untuk zaman moden ini, kita boleh gunakan cara mudah iaitu gunakan sabun kopi yang kini dijual meluas dengan harga yang berpatutan. 

Hasil carian imej untuk sabun kopi

Haa, mudah kan. Tapi bagi sis, mana mana pon sama sebab dia mempunyai khasiat yang sama. Huhu, jadi tepuk dada tanya selera.

Mungkin lepas baca entri ni, ada yang berminat nak cuba sabun kopi ni? Huhu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...