Panduan Pemakanan Untuk Kekal Sihat dan Cergas Di Bulan Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM.

Bercakap pasal makanan, Adakah korang yakin dengan diet yang korang ambil tu bersesuaian dengan tubuh badan kita? Harus diingatkan kat sini pemakanan yang seimbang akan membantu tubuh badan kita untuk kekal sihat dan cergas ye.

Haaa, meh sini baca apa yang sis nak kongsikan.

Hasil carian imej untuk makanan sihat

Perkara pertama yang kita kena buat ialah mengurangkan penggunaan minyak semasa menggoreng dan menumis. Ia boleh membantu mengurangkan lemak tepu yang bakal kita ambil di saming kita boleh berjimat. Maklumlah sekarang ni minyak mahal gaiss :p

Kurangkan pengambilan minyak dan lebihkan sayur-sayuran serta buah buahan yang sememangnya kaya dengan vitamin, mineral dan juga serat.Tak kisah lah sayuran / buah buahan import atau tempatan sememangnya setiap buah tu mempunyai khasiat tersendiri. Sebagai contoh, pisang rastali mempunyai kandungan vitamin C lebih 2 kali ganda berbanding epal hijau. Betik eksotika pula mempunyai kandungan vitamin A hampir 10 kali ganda berbanding limau mandarin.

Pengambilan air masak juga perlulah sekurang 8 gelas sehariKetika berbuka puasa, disarankan minum jus buah-buahan (tanpa gula) dan elakkan daripada meminum minuman bergula seperti minuman kordial. Selain itu minuman berkafein juga adalah tidak digalakkan tetapi kita boleh meningkatkan pengambilan air melalui makanan seperti sup, bubur dan puding.

Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam (masin) terutamanya ketika bersahur kerana boleh meningkatkan rasa dahaga semasa berpuasa. Oleh itu, kurangkan makanan masin seperti ikan masin, jeruk, belacan dan kicap. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam juga boleh meningkatkan risiko kita untuk mendapat penyakit kronik seperti hipertensi.

Kurangkan pengambilan makanan/minuman yang tinggi kandungan gula kerana apabila kita mengurangkan penggunaan gula, kita dapat mengelakkan pelbagai jenis masalah kesihatan seperti kegemukan yang merupakan faktor risiko kepada penyakit-penyakit kronik seperti diabetes dan hipertensi.

Diharap dengan tips di atas boleh membantu kita semua untuk kekal sihat dan cergas sepanjang bulan ramadhan ini. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...