Penyebab pahala puasa berkurangan

Assalamualaikum,
Sempena bulan ramadhan yang mulia ni suka sis nak kongsikan info yang berkaitan puasa. Contohnya macam hari ni sis mengenai sebab pahala puasa kita akan berkurangan.

Hasil carian imej untuk puasa

Tinggalkan Solat Fardhu merupakan kesilapan yang besar jika kita puasa tapi benda paling wajib ditinggalkan. Sia-sia sahaja anda berlapar dan dahaga tetapi tidak menunaikan solat fardhu. Di bulan ramadan ini cuba memperbaiki diri kerana jika tidak rugi pahala puasa kita.

Tidur Terlalu Banyak atau bermalasan juga antara amalan yang merugikan pahala puasa. Perbuatan tidur sepanjang hari ini dianggap makhruh. Anda digalakkan untuk menjadi lebih aktif di bulan puasa dan memperbanyakkan ibadah atau melakukan perkara berfaedah. Berpuasa bukan alasan untuk anda berehat atau tidur sepanjang hari.

Meninggalkan Sahur adalah satu kerugian yang kerap dilakukan oleh kebanyakan orang. Ia sangat penting kerana makanan dan minuman ketika sahur merupakan sumber tenaga untuk menjalankan aktiviti harian. Banyak fadhilat orang yang bangun untuk sahur dan ianya membantu dari segi kesihatan.

Membazir dengan berbelanja berlebihan membeli pelbagai makanan mngikut nafsu yang kemudiannya hanya dibuang kerana tidak termakan. Bulan mulia ini sepatutnya kita melatih diri untuk bersederhana dalam berbelanja dan memperbanyakkan sedekah kepada mereka yang lebih memerlukan.

Tidak Menjaga Pergaulan antara lelaki dan perempuan akan mengurangkan pahala puasa kita. Kita juga perlulah mengelakkan dari berkunjung ke tempat kurang baik seperti pusat karaoke, panggung wayang dan sebagainya. Cuba perbaiki diri anda di bulan ramadan dengan melakukan amal ibadah.

Tidak Menjaga Mulut seperti mengumpat adalah perkara yang patut ditinggalkan kerana boleh mengurangkan pahala dan mungin membatalkan puasa. Kurangkan mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati atau perkataan yang sia-sia. Banyakkan berzikir dan memuji kebesaran Allah. Sekurang-kurangnya pahala anda bertambah dari membuang masa mengumpat.

Fuhhhh, banyak jugak sebab pahala boleh berkurangan ni. Seriously sambil menaip sambil tu jugak sis check diri sendiri dan hasilnya .... Allahu memang patut pon entri ni ditulis untuk kesedaran diri sendiri jugak kan. Huhu

Jadi gaiss,sebelum sis undurkan diri, apa kata kita cuba hayati erti sebenar ramadan dan kaji balik apa tujuan kita berpuasa. Mungkin dengan itu kita boleh perbaiki diri dengan meninggalkan larangan Allah dan memperbanyakkan amalan seperti bersedekah, membaca Al-Quran dan melakukan amalan sunat yang lain kerana mungkin ini adalah ramadan terakhir bagi anda.

Sekian, mekasihh.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...