Peranan ais batu dalam kecantikan



Tahukah anda, ais batu sangat bermanfaat digunakan untuk kecantikan kita. 
Antara peranan ais batu adalah seperti berikut

Hasil carian imej untuk ais batu

Mengembalikan kesegaran wajah.
Apabila anda menekap ais di wajah, secara automatik ia akan meningkatkan peredaran darah. Dengan itu, ia akan menimbulkan efek sejuk yang menyegarkan pada kulit anda yang kelihatan penat ataupun kusam. Ambil beberapa ketulan ais dan letakkan dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukkan wajah anda. Atau, letakkan ais di dalam tuala kecil dan tekapkan pada wajah anda.

Mengecilkan Liang Pori Pada Wajah
Ais juga boleh digunakan untuk mengurangkan liang pori yang besar pada wajah. Caranya, anda hanya perlu tekap ketulan ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil di wajah anda untuk mengurangkan liang pori sebelum anda mengenakan mekap.

Mengurangkan Mata Yang Sembap
Mata yang sembap boleh terjadi akibatkan kurang tidur, mata yang penat atau terlalu stress. Caranya, bungkus beberapa ketulan ais batu dengan tula dan gosok perlahan-lahan di permukaan kulit di bahagian mata anda. Kesejukan ais akan memberikan efek yang menenangkan di mata anda.

Merawat Masalah Jerawat
Jerawat ialah musuh utama wanita. Kehadirannya pasti tidak disenangi wanita. Ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangi bengkak dan kemerahan pada wajah. Selain itu, ais juga boleh mengimbangkan pengeluaran minyak  berlebihan serta mengecutkan jerawat anda.

Melancarkan Peredaran Darah
Gosok ais batu yang sudah dibalut tuala kecil pada wajah selama satu minit. Ia berfungsi untuk melancarkan peredaran darah, ia sangat efektif untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Lakukan secara rutin, tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih sempurna

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...