Petua Di Dapur

ASSALAMUALAIKUM

Hai, apa khabar korangg?

Pejam celik pejam celik tinggal berapa hari je lagi ramadhan akan berakhir. Dan sis yakin bulan ni bulan yang sangat meriah dengan makanan kan? Mungkin ada antara kita yang mengambil peluang untuk duduk dapur dan cuba memasak sesuatu yang baru untuk ahli keluarga.

Mungkin korang ada mengalami beberapa masalah di dapur,

dan..

kat sini sis ada beberapa petua yang boleh kita cuba amalkan di dapur untuk menjaga kebersihan dapur dan peralatan memasak kita. :)

Hasil carian imej untuk petua di dapur


Untuk mengharumkan dapur dari bau yang kurang menyenangkan kita boleh menggunakan beberapa keping kulit kayu manis, bunga cengkih dan cuka. Rebuskan dan biarkan ia sejuk. Kemudian sembur / lap pada kawasan dapur seperti di kabinet, jubin atau sekitar dapur.

Membersihkan minyak goreng dengan menggunakan beberapa keping asam gelugur atau boleh juga menggunakan halia. Masukkan dalam kuali bersama bahan goreng. Asam akan menyerap hitam yang ada dalam minyak dan kita boleh menggunakan minyak itu untuk beberapa kali.

Untuk membersihkan kesan hangus kita boleh menggunakan serbuk penaik. Campurkan ke dalam air dan biarkan selama beberapa jam. Kemudian gunakan air campuran itu untuk membersihkan periuk / kuali seperti biasa. 

Untuk menghilangkan kesan melekat pada kuali pula ialah letakkan air panas dalam kuali dan biarkan beberapa minit dan basuh macam biasa.

Bau cili pada mesin pula boleh dihilangkan dengan mengisar beberapa keping biskut selama beberapa minit. Biskut dikatakan boleh menyerap semua bau cili.

Pisau mesin pengisar boleh ditajamkan kembali dengan mengisar satu cawan garam kasar sehingga halus. Haa, senang je kan? :)


SELAMAT MENCUBA !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...