Raya dulu vs Raya sekarang

ASSALAMUALAIKUM

Selamat Hari Raya gaiss. 
 Macam mana raya engkorang gaiss? Ok ke seronok ke tak. Dalam pada kita seronok, mungkin boleh kita imbas balik kenangan hari raya dulu dulu dan situasi sekarang. Gambar ni sis dapat dari Facebook tau.

kuih raya homemade vs tunjuk
Dulu sis ingat lagi kami adik beradik dok sesama tolong mak buat kuih raya. Betul wey, kalau buat malam tak habis memang akan bersambung buat pagi pulak lepas sahur. Keseronokan tu memang tak boleh dilupakan sebab nanti boleh buat kuih raya yang kita dapat dari majalah yang dibeli ye contoh macam majalah Wanita dan ada jugak yang dapat dari dalam surat khabar. Berbeza tau dengan sekarang semua layan resepi kat google je. Selari dengan perubahan teknologi, semua maklumat di hujung jari je gaiss. Sekarang zaman orang bekerja siang malam pagi petang sampai takdop masa nak buat kuih so, depa lebih memilih untuk 'kuih tunjuk' je. Lagi senang, mudah dan simple kan. Nak pulak sekarang dah ada Uptown yang memang ada jual kuih raya, jadi malam raya memang akan buat jualan lelong kuih raya dengan harga murah. Woi sapa je tak tergoda? Huhu 

Image may contain: text

Bersosial vs anti sosial
Musim perayaan sekarang ni kebanyakan orang lagi gemar duduk rumah dan menonton tv. Hehe Maklumlah tv ada banyak kot movie best. Teringat zaman kecik dulu seronok kot main bunga api dan mercun dengan sanak saudara yang lain. Memang best sebab boleh main bunga api dan jugak segala jenis mercun. Dan sis mampu main mercun Pop Pop je sebab takut main mercun nanti hilang tangan. Hahahaaha Mind set yang masih kekal sampai sekarang. Hahahahahahaa

Image may contain: text

kad raya vs media sosial
Sekarang ni semua wish raya guna media sosial je. Alasannya, lebih cepat dan pantas berbanding dengan kad raya. Mungkin kita lagi suka berjimat sebab kos nak beli kad raya+pos dah berapa kan? Orang zaman sekarang dah sibuk kot takde masa nak tulis kad raya then nak pergi pejabat pos lagi kan kan? Yang menarik dulu sis suka kumpul kad raya dan kad tu semua akan digantung kat ruang tamu. Hahaha orang yang datang beraya nanti nampak lah kan kad tu semua. hahaha *show off

Image may contain: text

Puasa penuh vs puasa yang yuk
Haaa. ingat lagi masa kecik baru nak start puasa, ayah memang akan bagi sis upah sehari seringgit. hahaha seronok kot. tu semua jadi punca punca sis bersemangat nak puasa penuh walaupun rasa macam dah lembik. hihi Kalau zaman sekarang agaknya depa mintak ganjaran apa? Mungkinkah aipon? Fuhhh. berpeluh woi nak bagi.

Image may contain: text

Beraya vs Wifi
Hihihi. Zaman sekarang ni sambil beraya sambil selpie sambil post gambar raya sana sini kan. Haaa. agaknya ada tak yang akan datang beraya sambil tu dia 'tumpang' wifi tuan rumah? Hehee 

Image may contain: one or more people and text

Baju raya moden vs tradisional
Zaman dulu beraya dengan baju kurung ke baju melayu okey dah. sekarang dah moden  macam macam fesyen kot. kurta lah,peplum lah, dress lah, baju mix blouse+skirt lah. haa nak pulak depa duk jual murahhhh je. Sis pon tergoda wei. Beli siap senang kan dari tempah yang kadang kala kena tunggu lama untuk siap. Ni dekat nak raya lagi lah kebanyakan tailor dah berhenti amik tempahan. Haaa kau rasa apa penyelesaian yang termudah?

Image may contain: text

Image may contain: one or more people and text

Banyak bezanya kan dulu dan sekarang?

Tapi bagi sis apa yang penting ialah kita dapat beraya di samping orang tersayang pon dah cukup. Huhu :)

5 comments:

  1. selamat hari raya!!tu lah..memang beza kan..harap2 tradisi ziarah kaum keluarga tu takkan hilang..

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya...


    πŸŒΈπŸ’“πŸŒΌπŸŒΈπŸ’“πŸŒΌπŸŒΈπŸ’“πŸŒΌ
    Jemput join segmen saya Segmen Sesuci Lebaran 2017 by Hani RahmanTerima kasih...
    πŸŒΈπŸ’“πŸŒΌπŸŒΈπŸ’“πŸŒΌπŸŒΈπŸ’“πŸŒΌ

    ReplyDelete
  3. Raya dulu dan sekarang memang tak sama. Seronok dulu lagi yela zaman budak-budak. Terasa kemeriahannya. Bila kita dah mula meningkat dewasa ni dah tak rasa sangat dah. BTW Selamat hari raya antynid

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya.. Maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  5. secara kesimpulannya haha raya dulu lebih byak interaksi & niat utk merapatkan silaturahim .. skrg nie meriah tp dah tak semeriah dulu.. apapun selamat hari raya aidilfitri :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...