SEGMEN ILMU : STROK

Hasil carian imej untuk tanda STROK


Berasa lemah atau kebas pada sebelah badan
Ia merupakan gejala strok paling biasa teruatama pada bahagian lengan dan kaki. Boleh juga terjadi separuh dari wajah kelihatan menurun atau jatuh.

Gangguan pertuturan
Sukar untuk berkata atau langsung tidak boleh berkata-kata secara tiba-tiba. Pesakit mungkin juga mengalami kesukaran memahami percakapan.

Sakit kepala yang serius
Pening kepala secara tiba-tiba, sukar seimbangkan tubuh atau mengalami masalah untuk berjalan dengan betul. Atau pun tiba mengalami sakit kepala serius tanpa mengetahui sebabnya.

Hilang penglihatan
Bukan buta terus tapi berlaku gangguan penglihatan, biasanya sebelah mata saja. Bagaimana pun pesakit boleh juga mengalami masalah pada kedua belah mata contohnya kedua belah mata tidak boleh melihat ke kiri.

Mengalami salah satu atau semua gejala ini.
Jika anda mengalami salah satu atau mempunyai kesemua tanda-tanda di atas, anda perlulah mendapatkan rawatan segera untuk mencegah sebarang komplikasi yang akan berlaku.


Hasil carian imej untuk tanda STROK

Sekiranya kita nampak seseorang yang mempunyai mana-mana simptom di atas, kita dapat menggunakan FAST bagi mengenal pasti dengan cepat adakah orang itu sedang diserang strok.

F untuk FACE: Minta orang itu senyum. Adakah sebelah bahagian wajahnya jatuh?

A untuk ARMS: Minta orang itu angkat kedua-dua lengannya. Adakah sebelah lengannya jatuh ke bawah?

S untuk SPEECH: Minta orang itu ulang semula satu ayat mudah. Adakah percakapannya tidak jelas atau pelik?

T untuk TIME: Sekiranya kita perhatikan orang itu mempunyai antara tanda yang di atas, segera dapatkan rawatan perubatan.

Boleh usha SINI untuk bacaan lengkap mengenai penyakit strok ini.

Sekian, mekasihh
Assalamualaikum.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...