SINOPSIS FILEM : SIAM SQUARE



Bahasa: Thailand
Klasifikasi: NA 
Tarikh Tayangan: 8 Jun 2017
Genre: Seram
Pelakon: Purim Rattanaruangwattana, Nutthasit Kotimanuswanich, Thanabordee Jaiyen, Ploy Sornarin, Eisaya Hosuwan, Thanyawee Chunhasawasdikul, Atikhun Adulpocatorn, Morakot Liu
Pengarah: Pairach Khumwan


Ketika waktu siang, Siam Square sangat popular di kalangan pelajar tetapi pada waktu malam, ia bertukar menjadi kawasan menyeramkan. Para pelajar percaya yang mereka perlu memuja roh jahat untuk lulus dalam Peperiksaan Kemasukan Kebangsaan. Peluang untuk lulus peperiksaan itu kononnya meningkat dengan mengikat tali berwarna merah di sebuah kerusi. Apabila sekumpulan pelajar yang tidak percaya dengan kepercayaan tahyul itu menjumpai kerusi tersebut dan mencuba ritual itu, salah seorang mereka mula dihantui dan mati. Pada masa sama, khabar angin mengatakan roh jahat gadis yang hilang sejak tiga dekad lalu kembali berkeliaran di jalanan pada lewat malam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...