Tiket hari raya KTMB mula dijual Isnin ini

Hasil carian imej untuk ktmb


KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan mula menjual tiket untuk Hari Raya Aidilfitri mulai Isnin ini pukul 10 pagi.

Pengurus Kanan Operasi dan Pembangunan KTMB, Saimi Abdullah berkata sebanyak 174,720 keping turut tiket disediakan untuk 40 Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS).

Sementara itu katanya, sebanyak 30,240 tiket ditawarkan bagi perkhidmatan Intercity yang melibatkan Ekspress Rakyat Timuran dan Ekspress Southern bagi tempoh perjalanan 18 Jun hingga 3 Julai.

"Pihak kami juga akan menambah jumlah tiket dan koc sekiranya terdapat permintaan daripada orang ramai," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Program Ihya Ramadan KTM Berhad 2017 di sini hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar Jabatan Modal Insan, Hilmi Hasan dan Pengurus Besar Komuter, Khair Johari Ishak. Sementara itu Hilmi berkata KTMB akan mengedar 1,000 pek buah kurma dan 500 pek berbuka puasa kepada para penumpangnya setiap Jumaat.

"Sempena bulan Ramadan, KTMB turut mensajikan beberapa sajian istimewa bagi penumpang yang berbuka puasa di dalam tren ETS seperti nasi kandar ayam goreng berempah, nasi kurma ayam dan nasi goreng sate," katanya.Beliau berkata ia membabitkan penjualan 87,360 tiket sebelum Aidilfitri iaitu bagi perjalanan antara 18 hingga 24 Jun sementara 87,360 tiket lagi bagi tempoh 27 Jun hingga 3 Julai iaitu selepas Aidilfitri.



Untuk korang yang ingin membeli tiket ktm online boleh la tengok SINI
Dan untuk korang yang nak naik bas boleh usha SINI 
Tapi berhati hati gaiss musim perayaan macam ni elakkan dari 'terbeli' tiket dari ulat tiket. Sila beli kat kaunter ye. :) Jangan nanti ada yang nangis tak berlagu sebab tak dapat balik ray. Huhuhu :p

3 comments:

  1. tarot dah beli tiket ets untuk balik rumah...beli awal2 takut tak dapat nak balik raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. TAHNIAH Sbb dah beli awal2. xde la kalut nnt

      Delete
  2. http://shahirahsarmy.blogspot.com/2017/06/free-classic-template-no-title.html bw here grab this skin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...