Tips Balik Beraya Di Kampung

Ho..Hoo Hooo... Balik kampunggggg
Hooo...Hooo..Hooooo balik kampunggg
Hati giranggggg..

Eh! Ternyanyi pulak. Hehee
Esaited lettew kan nak raya, nak balik kampung. Opkos. Setahun sekali kan!
Jadi kat sini sis nak kongsikan beberapa tips balik kampung. Alah, dah tentu semua orang dah baca kan kat pesbuk. Tapi takpelah nak share jugak kat sini.

Meh la baca gaisss....


  1. Bawak iron sendiri. Yelah, bila dah reramai tu comfirm berebut dan kena tunggu turn yang lama kan. Yelah, nak gosok baju mak ayah adik akak abang lagi. Lama kot! Dengan baju, tu belom lagi nak gosok tudung, samping, telekung dan lain lain. Comfirm nanti lambat siap nak pi semayang raya.
  2. Haaaa, rasanya ini penting kot. Balik kampung kena bawak extension nak cas henpon lah, power bank dan segala macam jenis barang lah. Bawak jangan tak bawak. Takut nanti ada yang nanges sebab nak selpie tapi battery fon pulak habis! Hahaa
  3. Penggunaan tandas yang terhad. Hihi! Ini peringatan untuk kome yang suka mandi berjam jam dalam bilik air tu. Buat apa taktau lelama. Hahaa. Pandai-pandai lah bahagikan masa dalam toilet tu, kang tak memasal kena jeling sebab duk lama sangat kan. Orang lain pon nak guna jugak woi. Dan, pastikan guna air tu berjimat cermat ye, sebab biasa dah reramai tu comfirm bil air naik! 
  4. Ringankan tulang untuk membantu apa patut kat dapur. Tolong basuh pinggan ke ape ke. Haaa...ini pernah jadi isu kot pasal basuh pinggan ni. Hahahaa Sis baca kat twitter pon terbahak gelak. Nak tengok tahun ni up lagi tak isu tu. :p
  5. Elakkan 24 jam layan henpon. Hak alah, setahun sekali dapat berkumpul kan. Bukan selalu dapat jumpa jadi boleh lah bersembang puas-puas..
  6. Bagi duit raya ikut kemampuan. Tak perlu nak show off, berlagak kaya ke ape.Kalau nak bagi sis tak kisah pon berapa hengget. Dah dapat pon bersyukur sangat. Hehehe
  7. Untuk emak-emak yang beranak kecik tu elakkan lah terperap dalam bilik. Jangan jadikan anak sebagai alasan malas nak menolong. Ramai-ramai tu takkan takde sapa sudi tengok anak hang kan! huhu
  8. Kalau ada rezeki lebih boleh lah belikan untuk mak ayah barang keperluan dapur. Ikut kemampuan yang ada, tolong tambah sikit-sikit apa salahnya.
  9. Jangan mudah terasa dengan mulut makcik pakcik tu. Contoh soalan panas ' bila nak kahwin' tu. Haa, jawab je secara sopan, jangan nak jawab ikut sedap mulut je. Biasa lah tu depa nak beramah mesra dengan hampa dengan soalan-soalan panas. Chill okey. :)
  10. Elakkan dari main mercun.Ye, tu semua memang lah meriah, tapi bayangkan kalau sedara mara hang yang ada anak kecik tu. Depa nak tidoq ke ape ke. Kang tak masal bergaduh.
  11. Jaga aurat terutamanya perempuan. Bila dah reramai tu paham-paham jelah kan camne. Pakaian biaq sopan nahh.
Ok gaiss. Sekian sahaja tipsnya.
Semoga bermanfaat.
Assalamualaikum!
xoxo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...