Tips mencegah bau mulut ketika berpuasa

Hai, apa khabar?
Macam mana dengan puasa korang? Ok ke Ko?

Hasil carian imej untuk bau mulut

So, kita nak sembang sikit pasal bau mulut dan cara untuk mencegahnya. 

Banyakkan minum air putih paling kurang 8 gelas pada waktu malam dan ketika bersahur. Air masak mampu meningkatkan pengeluaran air liur yang akan menjaga kebersihan mulut. Ini dapat membantu mencegah masalah bau mulut.

Hasil carian imej untuk cadangan minum air masak

Menggosok gigi dan lidah dengan baik dan sempurna. Gosok gigi secara teratur teratur dan bersihkan lidah dengan cara yang betul. Ini akan membantu kita untuk membersihkan sisa – sisa makanan di mulut yang berpotensi menyebabkan bau mulut yang tidak enak.

Cuba minum teh hijau tawar (tanpa gula)sesudah makan, termasuk setelah bersahur. Teh hijau tawar tersebut memiliki zat ‘polyphenol’ yang mampu membasmi bakteria penyebab bau mulut pada rongga mulut dan saluran pernafasan.

Hasil carian imej untuk teh hijau

Kurangkan tabiat merokok ketika berbuka puasa dan sahur kerana ia merupakan salah satu penyebab utama masalah bau mulut yang tidak sedap ketika berpuasa di siang hari.

Hasil carian imej untuk no smoking

Gunakan ubat kumur seperti Colgate / Listerine kerana ia mampu membersihkan mulut daripada sisa makanan dan juga bakteria penyebab bau mulut.

Hasil carian imej untuk listerine

Jangan makan makanan yang baunya menyengat ketika bersahur seperti jering dan petai.

Hasil carian imej untuk petai

Dan di sini ada beberapa cara mudah yang boleh membantu mengurangkan bau mulut anda. Harus cuba gaiss.

Cara 1: Ambil lima helai daun sirih dan rendamkan ia ke dalam seteko air panas. Biarkan seketika. Amalkan minum air rendaman daun sirih itu untuk mengatasi badan yang berbau. Daun sirih bukan sahaja bertindak sebagai antiseptik malah ia mengandungi zat aktif yang membantu menghilangkan bau badan terutamanya jika disebabkan oleh bakteria.

Cara 2: Perahkan beberapa biji lemon ke dalam air mandian anda. Tambahkan dengan sedikit air ros. Mandi menggunakan air campuran ini. Amalkannya setiap hari.

Cara 3: Hancurkan dua biji tomato dan campurkan dengan daun sage. Sapukan pada bahagian yang mudah berpeluh seperti ketiak, leher dan badan. Biarkan selama 15 minit sebelum anda mandi dan dibilas bersih.

Cara 4: Timun juga boleh digunakan sebagai alternatif menghilangkan bau badan. Caranya juga mudah. Potong sebiji timun kepada beberapa bahagian. Semasa mandi, gosokkan kepingan timun tadi pada seluruh badan selama beberapa minit sebelum dibilas bersih.

Cara 5: Rendam beberapa kuntum bunga cengkih di dalam secawan air panas hingga ia kembang. Kemudian, minum air tersebut. Jadikan amalan untuk mengelakkan masalah bau badan.

Bolehlah gais kita sama sama amalkan nanti. Semoga bermanfaat dan boleh membantu semua yang membaca :)

Sekian, mekasih.
Assalamualaikum
xoxo

2 comments:

  1. Sambal udang petai tu ohsem.. Tambah kalau time sahur.. hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...