Tips:Elakkan mengantuk semasa memandu

ASSALAMUALAIKUM

Hasil carian imej untuk mengantuk semasa memandu

Minggu ni mungkin ramai yang akan balik kampung untuk cuti beraya kan. Kat sini ada beberapa tips yang boleh korang buat untuk elakkan mengantuk semasa memandu.

Basuh muka dengan air
Ini mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namun, agak kurang praktikal wanita-wanita yang sudah siap bersolek.Tetapi, jika tiada pilihan lain, terpaksalah berkorban kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar.


Dengar muzik yang rancak

Muzik juga penyelesaian paling efektif bagi menghilangkan rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Boleh juga jika anda memutarkan lagu-lagu ‘favourite’. Cara ini mampu mempengaruhi suasana hati agar tetap bersemangat. Cuma perlu diingatkan jangan pulak pasang lagu mendayu dayu, nanti makin mengantuk ado lah. Huu


Elak memandu berseorangan

Kadang-kala disebabkan terlalu bosan dengan perjalanan yang jauh, dan anda pula berseorangan di dalam kereta, potensi untuk mengantuk adalah tinggi. Untuk mengatasi anda disarankan mengajak seorang rakan atau pun ahli keluarga untuk memeriahkan lagi suasana di dalam kereta. Carilah topik yang boleh membuatkan anda ketawa bagi menepis rasa bosan dan mengantuk di sepanjang pemanduan.  


Berehat sekejap jika perlu

Khas bagi anda yang memandu dalam tempoh masa yang lama, badan pasti akan berasa letih dan penat. Ada baiknya anda berhenti di mana-mana hentian rehat untuk merehatkan diri. Ambil masa 15 hingga ke  20 minit untuk melelapkan mata buat seketika.Selepas bangun, pastikan anda mencuci muka dengan air bagi menyegarkan diri semula. Walau tidur hanya sebentar, ia sudah cukup untuk memberi semula tenaga untuk anda terus memandu.


Minum minuman isotonik /berkafein

Minuman isotonik dapat mencergaskan badan dan mengelak rasa lesu ketika memandu. Manakala minuman berkafein pula dapat meningkatkan produksi adrenalin dan menghalang zat kimia yang menyebabkan rasa mengantuk.


Jika anda tergolong dalam kategori orang yang kerap diserang rasa mengantuk ketika memandu, tips sederhana ini boleh dipraktik untuk membuatkan anda kembali bangkit ataupun segar daripada mengantuk

Sekian gaiss. diharap tips ini boleh membantu.

Selamat bercuti, Berhati-hati ketika memandu.

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...