Tips Cantik Untuk Bakal Pengantin

ASSALAMUALAIKUM.

BFF sis nak naik pelamin taklama lagi weyy.. I'm happy for her, but at the same time ada rasa sebak wei. Kawan yang huhahuha sejak zaman hingusan nak kawen. Hahaha 

Disebabkan dia nak kawen opkos lah nak nampak berseri-seri yanti kan jadi kat sini suka sis kongsikan beberapa tips untuk korang yang mungkin akan melangsungkan hari bahagia.

Hasil carian imej untuk mandi bunga

Daun sireh
Ambil segenggam daun sireh yang besar saiznya dan rebuskan di dalam air putih sehinggalah warna air berubah kehijauan. Selepas itu, gunakan air rebusan itu tadi untuk mencuci wajah. Biarkan air tersebut seketika di muka, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Kelebihan air rebusan ini adalah dapat mengelakkan pertumbuhan jerawat atau ruam-ruam kecil pada wajah, seterusnya menaikkan seri. Anda boleh amalkan ini 30 hari sebelum hari perkahwinan anda.

Mandi bunga
Kata orang, petua ini amat bagus. Jika anda amalkan ,wajah anda akan kekal berseri. Anda digalakkan untuk mandi dengan pelbagai jenis bunga. Caranya, letakkan bunga -bunga pilihan anda di dalam satu besen air. Siramkan air bersama bunga itu tadi pada badan dan wajah. Badan bukan sahaja wangi, malah wajah cantik berseri.

Timun
Timun mempunyai pelbagai khasiat.Hiriskan timun dengan ketebalan sederhana, dan tekapkan pada mata anda selama 30 minit. Selepas itu, basuh dengan air suam. Petua ini membantu menghilangkan kesan lebam bawah mata dan juga merawat mata yang kusam akibat keletihan dan tidak cukup tidur.

Lobak
Lobak kaya dengan vitamin E dipercayai membantu untuk menghilangkan parut dan menaikkan seri wajah. Ia juga melembapkan kulit wajah anda. Caranya adalah dengan parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask . Biarkan 30 minit kemudian bilas dengan air suam.

Kelapa tua
Wajah yang kering dan kusam menunjukkan wajah kelihatan lebih tua . Amalkan basuh wajah  anda menggunakan air kelapa tua, biarkan selama 10 minit sebelum bilas dengan air bersih.

Tidur yang mencukupi
Tidur secukupnya sekurang-kurangnya sehari sebelum atau seminggu sebelum majlis
Tidur yang cukup dapat membantu bakal pengantin merehatkan minda dan tekanan dalam menghadapi hari besarnya. Dengan minda yang lebih tenang, dapat membantu mengeluarkan aura seri pengantin. Selain itu, dapat mengelakkan atau mengurangkan hitam serta bengkak di bawah mata kerana tidak cukup tidur.

Rasanya yang bukan pengantin pon boleh cuba kot? Nak jugak cantik woi! :p

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...