Penjagaan Gigi Anda

Hasil carian imej untuk gigi cantik putih

Antara cara yang boleh kita amalkan untuk penjagaan gigi ialah

Penjagaan kebersihan gigi yang baik.
Kita 'diwajibkan' untuk memberus gigi 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. Selain itu, menggosok gigi selepas makan juga boleh membantu membuang sisa makanan yang melekat pada gigi. Ini juga untuk mengelakkan dari sisa makanan melekat pada gigi kita disamping boleh mengelakkan dari pembiakan bakteria pada gigi.

Menjaga pemakanan
Kurangkan makan benda manis dan melekit kerana ia akan melekat pada celah gigi. Jika kita makan makanan manis, seeloknya kita minum air masak dan berkumur lepas makan. Terdapat juga beberapa makanan yang boleh kita ambil untuk memutihkan gigi yang boleh kita amalkan.

Berkumur kumur dengan pencuci mulut berflorida
Amalkan berkumur selepas menggosok gigi untuk menjaga bau nafas di samping boleh menyegarkan mulut Nah, bau mulut segar, gigi pun rasa selesa bukan?

Kunyah chewing gum selepas makan
Chewing gum ini boleh membantu kita membersihkan sisa makanan pada gigi. Oleh itu kita digalakkan untuk memilih chewing gum yang kurang mengandungi gula dan tidak manis. Selain itu, kita boleh juga untuk berkumur dengan air putih selepas makan.

Rawatan gigi dengan doktor gigi
Seeloknya rawatan dibuat lebih kurang 6 bulan sekali untuk mencegah berlakunya kerosakan gigi. Jika berlaku kerosakan doktor boleh segera menyelamatkan gigi anda!

Nota kaki - Asyik nak muka & badan je putih kan, gigi pon nak jugak kan. Huhu

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...